Wednesday, July 13

ADUH KUNING KEPALA!

What!!!!??




Cannot wearing YELLOW!???


Don't Play play ahhhhh!!!!




Nahhhh!!! Kiss My yellow Boot!!




Apa tak boleh BERSIH!!!




Nahhh jangan bimbang kita kasi



Cuciiii jugakkkk!!!




Read More...

Thursday, March 24

T adalah TRIO!

Tiba tiba mamat tiga ekor ni jadi famous balik, Lawak dorang sangat slapstik dan penuh aksi ketuk mengetuk lempang melempang.... Kali ni mereka beraksi kembali setelah sekian lama menyepi...dan aku rasa sangat teruja! Dengan aksi lawak bodoh slapstik sebegitu rupa, mereka memang layak disepak!

Selamat Berhibur!

Read More...

Sunday, March 13

ANTARA MIYAZAKI DAN MIYABI



Dunia digemparkan dengan Tsunami yang meranapkan Jepun.
 

 Yang pasti ramai yang akan terkorban...


Aku mula bekira kira mungkin ada Mangaka atau Animator yang turut terkorban


Apalah nasib Hayoa Miyazaki






Tapi yang pasti orang ramai pasti lebih risaukan nasib Miyabi




Read More...

Thursday, March 10

SATU PERCUBAAN!!












Read More...

Friday, January 21

CINTA DAN BENCI



Aku kembali ke ruang blog aku yang dah bersawang dan berdebu ni, 

Sempena itu, mari dengar cerita cinta aku ni, Jangan baca blog ini kalau baru lepas makan, takut termuntah!!

Siapa manusia di muka bumi ini yang tak pernah bercinta? Tak ada bukan...

Kalau ada juga yang tak pernah bercinta atau merasai perasaan ingin bercinta, memang dunggu la namanya tu.
manakan tidak seharusnya sebagai umat manusia kita perlulah mencintai ALLAH dan RASULLULAH.




baiklah kembali ke konteks yang lebih kecil....

Aku pernah mencintainya.....sangat cinta aku padanya....aku sanggup tidak tidur semata mata mahu bersamanya, siang malam aku sentiasa memerhatikanya.... kadang kadang dia punya perasaan yang serius kadang2 pula kelakar....

Tapi aku tidak kisah asalkan dia membahagiakan aku

Tapi memandang bertahun2 aku mencurah cinta padanya aku akhirnya kecundang....dia terlalu slow...aku seperti tidak punyai masa depan bersamanya...

dengan berat hati aku akhirnya meninggalkanya....


Akhirnya aku ketemui cinta yang membawa aku ke matlamat yang benar.... pada aku cinta aku kali ini memberi sinar harapan yang tepat... aku mencurahkan sepenuh masa ku bersamanya siang dan malam...aku sentiasa merenungnya baik malam atau siang

walau pon ada kalanya aku terjerumus kebencian kepadanya....tapi apakan daya cinta ku kali ini lebih kukuh

Setelah lama aku bersamanya....akhirnya aku dikhianati! Aku dibuang bak sampah.....

aku kecewa......hari demi hari aku mula membencinya......

kami pernah bercadang ingin bersama kembali, tapi dia sekali lagi mengecewakan aku

Kali ini aku benar benar kecewa.....

aku kembali merenung masa silam...apakah aku dapat menemui cinta asalku semula???


Baiklah mari aku kenal kan cinta pertama ku

Dia Bernama

KOMIK


senang menghasilkan, komik ada yang kelakar ada yang serius walaupon aku suka yang serius, tapi bila buat komik banyak yang terhasil komik lawak...walaupon tak berapa lawak....cinta aku ni putus ditengah jalan hanya kerana tidak menjamin masa depan....bayaran sedikit, dan tak dihargai di bumi Malaysia ni.....

 walaupon aku tak boleh terus menagih cinta komik ni, tapi aku akan terus mencintainya....


Dan Perkenalkan pula si Pengkianat Cinta


bernama


ANIMASICK

bayaranya sangat cantik, dia dipandang hebat di Malaysia, di Malaysia memang dia didahulukan walaupon pencapaianya tahap dulu dulu kala saja, aku tak kisah asal dia sentiasa menjamin masa depan ku.....tapi tiap kali aku memberi harapan, tiap kali tu lah dia sentiasa mengecewakan aku jugak....

aku bencikan ko hu huuuuuuu........
Read More...

Tuesday, October 19

FADE TO FADE




HA HAAAAA!! CELAKA!! Aku dah mula Fade up dengan Animasi Malaysia dan segala yang berkaitan denganya! Selama 7 tahun aku mendambakan diri kat Industri ...Industri? Industri kepala hangok kalau macam ni punya rupa!!! Apa yang sering aku tengok, Kompeni melingkup demi melingkup, mungkin ada yang masih tak melingkup tapi sama standard dengan melingkup, mungkin boleh di istilahkan dengan melangkup!

Kalau ada yang gah plak mungkin pada dasarnya jer!! Ibarat laut yang cantik dipermukaanya, tapi didasarnya berkeradak mengalahkan sungai Klang!! Kalau sanggup duduk dengan gaji 1500 sampai tua kerepot tempat macam ni ler yang terbaik.

Tu belum kira masalah yang ditimbulkan pengamal pengamal didalamnya lagi, kalau kompeni ramai staff, mengamalkan politiking haram jadah, kalau tak pijak kepala orang, kepala ko kene pijak, cantas mencatas adalah hobi pengamalnya, Awas tempat macam ni jangan jadi pendiam! mereka tak bleh bezakan antara pendiam dengan sombong, biasak ahh bila dah ramai mengalahkan penumpang Titanic semangat suspicious sangat menebal! Pelik tapi benar...  last last bawak diri kat kompeni lain yang sama jer lebih kurang haram jadahnya. Begitulah seturus lompat melompat tetap 2 kali 5

Kalau kompeni kecik, kerja bertambah, kualiti plak lebih kurang jer, paling menakutkan kalau staff berenti, maksudnya kerja berganda ganda, Positifnya kompeni kecik tak der sapa nak cantas siapa. Istilah dengki mendengki tak berapa panas kat tempat macam ni. 


Walauapapon


Kat Malaysia Tercinta ni tak banyak tempat untuk kita jual produk Animasick ni, kalau ada pon yang terima bayaranya ciput!

Mdec atau Mosti atau apa kejadah institusi yang mewakili Kerajaan hanya cukupkan syarat jer, membantu? ya!!  Ibarat setakat membantu orang miskin tepi jalan. itu....saja


Jadi! janganlah asik harapkan bantuan kerajaan sahaja 
Usahalah Sendiri !!! Cari Pasaran Luar atau apa sahaja!

Baik setelah kita berusaha sendiri 

mari kita tanya pula..
Apa pulak jasa Kerajaan pada industri Animasi Malaysia??


Adakah  adanya undang undang penyelarasan gaji minimum para animator?

Adakah setiap Syarikat animasi membayar KWSP?

Apakah setiap syarikat membayar pekerjanya yang diarah bekerja overtime? sabtu ahad? atau lebih zalim ketika Cuti Umum?


Baiklah...baiklah Apalah sangatnya pentingnya Animator berbanding penjawat Awam yang lebih penting dijaga kebajikanya... Banyak lagi harus dipikirkan dan duit disalurkan pada tiap institusi ...Contohnya PLKN yang sangat penting untuk negara atau lebih tepat KERAJAAN.... jadi mari kita pasrah bersama sama...

 Tapi...ya masih ada tapi!!

 tidak boleh ker  setidak tidaknya ada satu sistem pemwajipan dikenakan pada SETIAP syarikat penyiaran  untuk mewujudkan SLOT ANIMASI TEMPATAN??  Susah sangat ker? Atau sudah ada sistem tu tapi tak ditekan kan?? Atau ada tapi bayaranya ciput yang mana Syarikat animasi sendiri kalau terima maksudnya menangung kerugian? 

Atau Power Renger atau Ben 10 itu lebih murah bayaranya dan lebih penting kat Malaysia ni???

ENTAHLAH!!!

Celaka banyak yang aku sendiri tak pasti dalam inDUSTri  yang haru biru ni, 

TAPI yang aku amat pasti

AKU DAH FADE UP DENGAN ANIMASICK MALASIA!!!



Read More...

Sunday, October 10

JAGA JAGA!


Salam sejahtera!! Lama betul aku tak mengadap blog aku yang satu ni sejak komik solo aku release, bukan semakin rajin, makin malas gila adalah!! Tak bermotivasi punya manusia he he..

Ada berapa sebab aku semakin slow... Pertama sekali pasal hari Raya! Maaf itu lah pasalnya aku benci dengan raya version melayu ni he he. 

Kerja part time di bulan Syawal?? LUPAKAN SAJA!! Ini bulan tanpa kerja part time! Tak ada masa langsong, semua nya full ngan aktiviti ziarah dan rumah terbuka, terselak, tertutup dan macam macam lagi agenda raya lagi.

Dan snifikanya tanpa part time, maka di akhir raya poket kembali berdebu macam habok dalam balang balang kuih kat rumah aku!!

Ya bercakap pasal kekontangan. Sekarang aku memang tengah kekontangan baik dari segi duit atau pon idea untuk bekarya. Entah kemana hilangnya semangat aku ( owhh tak ada kene mengena ngan team kesayangan aku Liverpool yang dah menjunam macam Highland Tower tu, aku dah hilang semangat semenjak bulan puasa lagi he he )


Dan kini ternyata kerisauan aku menjadi nyata, cerita melingkup sana melingkup sini, bukan setakat aku jer tak der duit... kompeni kompeni pon tak ada duit,  lebih lebih lagi kompeni animasi dalam malaysia ni yang bergantung ngan kerajaan yang tak ada jiwa seni!! Pergi Mati lahh!! Kata kata orang kerajaan kat pengiat seni Malaysia.


Jaga jaga Ada dua pilihanraya lagi bakal muncul!! 
Habis hari raya dan Bonus rayanya, muncul pula Pilihanraya dan duit duit rasuahnya!

Jaga jaga kat Malaysia tercinta yang tak banyak bencana ni, dalam musim kemarau dan kering kontang duit begini bukan sahaja bayi kene buang malahan pekerja pekerja juga ada yang kene buang!!

Aku malas nak nasihatkan orang lain, baik aku nasihatkan diri aku yang semakin pemalas ni
OI RABUN!!! JAGA JAGA EH!!


Read More...

Sunday, September 5

BERAYA BERSAMAMU TV3

DIA BUAT LAGI DAH!

Hari tu dia buat kontrovesi ngan konsep Illuminatinya kat dalam Juara Lagu, Mati mati kata semuanya kebetulan. Podahlah!! Tu lah besekongkol lagi ngan puak puak tuttttttt!!, abis ahhh tercemar sudah Islam ni isk iskk...

La ni dia muncul lagi!! Dengan version yang bleh tahan gak haru biru, penafsiran Hari Raya yang multireligion, jangan ada kata aku racist udahlah, kita bercakap tentang agama bukan bangsa yee. Tak der mana mana agama yang sanggup mencampurkan agama mereka dengan agama orang lain.

Aku pon sebenarnya baru tengok iklan tu  takat diangin lalu jer pasal tak mau terbuai ngan lagu raya yang kuar hujung hujung ramadhan ni macam virus H1N1, sekor sekor terkene selsema raya ngan lagu raya yang merapu rapu tak tentu pasal sekejap sedih sekejap gembira. Berbalik pada video tadi, alang alang aku yang tengok diangin lalu pon bleh terdetik. "Awat lain macam jer konsep raya dorang ni? Biaq pi la!! mujurlah ada gak puak puak yang rajin nak mengkaji video raya tu, bagus ahh"

Sedar tak sedar rupanya video tu dah jadi isu. Ada macam macam kacukan kat dalam  video tu rupanya, Tak tau lah memang ada agenda tersembunyi atau tak disengajakan. Tak disengajakan tu aku tafsirkan kat sini sebagai ingin berlaku kreative tapi jahil tang agama... Kalau sengaja maka dorang ni memang tergolong dalam puak puak illuminati sama ada secara berdaftar atau tidak he heee...


Aku dapat rasakan mereka ingin menguji kita ni, nak uji kalau buat macam ni berbunyi tak umat islam Malaysia ni, nak tengok tahap mana sensitiviti kita, memandangkan sebenarnya kita memang tak sensitive pon pada agama, contoh paling dekat, pasang lagu raya masa bulan ramadhan kalau lah ada sahabat nabi masa ni mau kene tempeleng sekor sekor. Sabar ahh dulu kok yer pon, Bulan ramadhan kalau tak mau dengar ayat Quran, at least jangan lah pasang lagu raya, cair taik telingga aku,

Ketidak sensitive kita juga terserlah tang mengadatkan agama, seperti berpuasa tapi tak solat....aku pon tak paham apa faedahnya berpuasa macam tu...

Tak Solat Fardhu tapi Solat Sunat Terawih...


Bila Raya bermaaf maafan, tapi entah betul ker tak dosa terampun macam tak terzahir jer kemaafan tu.... lebih lebih lagi bermaafan antara artis  siap nyanyi "bermaaf maafan kita dihari rayaaaa" sambil bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim... Ceh!

Perlu dingat kalau sahabat sahabat nabi menangis dihari raya walaupon diunjurkan bergembira atas kemenangan. Menangis pasal Ramdhan kekasih hatinya telah meninggalkanya. Mana ada lailatu qadar bulan Syawal he he...

Ok berbalik pada Video raya yang pelik tu... aku ada baca kat blog yang tunjuk kebobrokan video tu dan ada setengah pengomen memberi komen yang sangat tragis jadi aku ulas skit kat sini

mengapa kita perlu meneliti dan ambil berat tentang perkara seperti ni?

Surah Taha

Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. (124) Dia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat? (125) Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.

apakah ini sesuatu yang remeh temeh?

Khutbah Rasulullah pada Haji Wida’

antara isinya...

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.


sikit sikit Illuminati, sikit sikit freemanson? nak kecoh kecoh ker?

Sabda Rasulullah saw:

“Wahai sekalian manusia! sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi ini semenjak Allah menciptakan keturunan Adam yang lebih besar dari fitnah Dajjal, sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang Nabi, melainkan telah diperingatkan kaumnya tentang fitnah Dajjal. ” [HR. Bukhari]

dah depan mata masih tak jelas lagi?, bukan kah ini fitnah yang sangat besar?


pada yang malas berfikir tapi masih ada sekelumit iman tak yah susah susah lah, baca jer surah al kahfi.

Daripada Abu al-Darda sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda – Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada dajjal (HR Muslim 809)


nak main main ngan kata kata sinis ehh,apa kita fikir kita tidak akan mati kelak, masih nak bergembira? Jaga jaga ehh, kat dalam alam siber ni bleh lah... tunggulah lah saat di alam barzakh nanti...opinion kamu sangat cool ehh jadi kalau berani Berhujah lah kamu ngan Allah.


Akhir sekali Di akhir bulan ramdan ini aku sebagai insan yang hina dina ni memohon maaf kalau kalau tulisan aku ni kasar atau hampeh, kalau ada kesilapan, itulah namanya manusia sentiasa melakukan kesilapan... yang penting kita perbetulkan

SALAM AIDILFIRI
Read More...

Friday, August 20

AKU KELUAR DARI PERSARAAN DAN DIA SUDAH ADA DIPASARAN!!



Alhamdullilah, Akhirnya ko keluar juga, jenuh aku cek kat kedai hari hari, rupanya bulan puasa ko muncul, ambil berkat Ramadhan mungkin, 

Secara rasminya, Akhirnya Komik Solo pertama aku berjaya keluar, Indah sungguh saat tu, macam dapat anak baru plak rasanya he hee....


Rupa parasnya



Si Rabun bergaya dengan komiknya



Inti komik



Sungguh tak sangka, akhirnya terhasil gak cita cita aku nak tengok komik aku ada kat rak rak kedai buku. Saat aku sangat kecewa dengan diri aku pasal tak berjaya dalam bidang komik. Rupanya Allah dah makbulkan doa aku. betul betul keluarnya dibulan puasa yang berkat ni. Alhamdulilah.

Oh ya thanks kat Akar Creative yang sudi publish komik aku...
Read More...

Friday, August 6

KEMBALI DARI PERSARAAN



 Ya secara rasminya aku kembali dari persaraan!! 


Setalah sekian lama aku tak melihat karya aku terbit kat mana mana,  Kelmarin, aku buat pertama kalinya, kembali melihat KOMIK aku..Opsss silap KARTUN aku, terselit kat celah celah Majalah UMBRA, dengan hati yang sangat terharu, ditambah dengan kehidupan aku yang tengah haru biru skang ni, rasa nak menitis air mata aku tengok ha ha!

Walaupun jiwa aku bukan pada kartun dan lebih pada komik, tapi ibarat pepatah orang tua tua ada mengatakan, 'kalau tak der teh, kopi pon jadi lah. ' maka aku pon bedal jer laaaa.... jadi kalau aku punya karya tak cukup masak tu... mintak maaf banyak banyak ehhhh...




Terselit gak nama aku kat situ...gambar cilok dari FB Akar Creative




Yang ni plak cilok dari FP brader Rim, sorry ahhh jangan marah he he... Tak tau bila akan ada kat market..

Harap harap tak der masalah apa apa yang melanda, risau gak selagi tak nampak kat rak rak kedai.

Yang ni memang komik punya, bukan kartun, tapi bila aku tengok balik... macam kartun pon sikit sikit ada gak. Tapi ibarat kata orang tua tua dulu ' Sedangkan nescafe boleh bercantum dengan milo, inikan pula komik dan kartun'.


Kalau benarlah komik aku ni berjaya diterbitkan...

ada 2 benda yang aku harapkan

Pertama, Jangan kene boikot sudahlah, aku tak terlibat dengan perang dingin yang melanda sebelum ni.(teeeetttttt!!! cukup setakat itu)

Dan yang kedua

Beli yang original


Read More...