Friday, February 5

MALAM PERTAMA DAN PANJANG LAGI BAIK



Ya kali ni aku nak cerita tentang pekerjaan aku dari dulu sampai kini, 
Setelah 4 tahun menjadi pengangur terhormat, dan bermacam macam kerja aku buat termasuklah menolong ibu aku jaga anak orang ha ha, tolong ibu aku basuh pinggan, sidai baju dan lipat kain,  

Akhirnyer Allah dah bukak pintu rezekinyer untuk aku... Satu hari setelah penat melepak, sambil belek belek suratkhabar Utusan meloya ( kalau tak salah aku ), aku ternampak satu iklan memerlukan Stroyboard artis dan Animator,  Tempatnyer dekat Jln Klang Lama, PJ.......dalam hati aku macam mana aku nak pergi ni?


Kebetulan tetiba ada sahabat aku call pasal iklan jawatan kosong tu, dia ajak pergi sama sama, ha ha mesra sungguh kita orang interview sama sama, Oleh kerana masa tu aku dengan sahabat aku tu haprak jer tak der kereta, maka dia mintak tolong member dia sekali kebetulan member dia ada kereta dan memang  nak cari kerja gak...

Jadi pergilah kita orang menghitung nasib, masa tu pikiran aku nak amik jawatan animator, pasal member aku dulu masa praktikal dia ada cakap jadi storyboard artist susah woooo pecah kepala nak buat cerita...

masa pegi aku ada bawak sample artwork aku yang kebanyakanya memang burok burok belaka, termasuk lah komik komik style manga aku...


masa di interview tu kita orang kene lukis ikut charachter design syarikat tu, mengeletar tangan aku nak ikut stroke dorang,

lepas tu baru lah kita orang sorang sorang masuk kat bilik bos dia, first sekali yang aku nampak misai dia kemudian rokok kat tangan dia....


dia tengok komik manga aku "Kamu orang ni suka buat stroke manga eh" ...

aku senyum sambil jawab " he he...ikut market sekarang, pasal budak budak suka manga"....

pastu dia sangkah aku..

" ahh korang semua kene tipu ngan market laaa!"....

aku tergamam ...masih tak paham, dalam hati aku berbisik, argh lantak ler!! peduli apa aku, nak balik rumah ni lapar! macam mana ni dapat tak jawatan tu?...

Tiba tiba dia bersuara lagi
"ko nak mintak position apa ni?"

"Animator" jawab aku pendek...

 Dia meledak tak tentu pasal "ARGH!! Animator lah plak....Tadi member ko, aku nak dia jadi animator, tapi dia mintak position Stroyboard artis la plak, ko ni plak nak mintak Animator.. argh Ko jadi Storyboard artist je la!!"

Dalam hati aku berbisik, eh boleh macam tu pulak...berpeluh aku nak jawab.."Errrr boleh la kalau macam tu..."

"ko tak pernah kerja sebelum ni ehhh..."
aku senyum geleng kepala

"Jadi ni lah first time ko kerja eh ha haaa ha" dia boleh gelakan aku, geli hati mungkin, boleh jadi jugak kagum , pasal dia orang pertama yang ambil aku bekerja

Maka sejak dari hari tu bermulalah kehidupan aku sebagai pekerja sepenuh masa dan PELUKIS STORYBOARD sampai lah kehari ini...

Segalanyer jadi yang pertama

Pertama kali bekerja 

Pertama kali pegang punch card

Pertama kali duk kat opis dari 9 pagi sampai 5 petang

dan ada dua tiga perkara pertama pada diri aku  yang aku tak boleh sebut kat sini...

dan MALAM PERTAMA aku bekerja tu, aku tidur dengan lena sambil tersenyummmm puasss.......


 

contoh storyboard yang terhasil...artwork ni terhasil setelah lama aku kerja kat sini, artwork sebelumnyer memang teruk kene bamboo, terutamanya oleh satu makhluk ganas yang aku tak bleh sebut kat sini ...





Ni yang dah finish jadi animation, Scene ni memang aku yang lukis dianyer storyboard,  kompeni ni  memang penguna software Anipro yang tegar, ni bukan guna Flash macam kompeni lain biasa guna he he

Aku tak sempat habiskan cerita Lagenda Kinabalu ni, Aku dah tak sanggup nak melayan kerenah makhluk ganas yang selalu sangat membambo aku tak tentu pasal tu...
Kemudianyer untuk sekali lagi, aku menjadi pengangur he heee

rutin harian ku kembali kebentuk asal semasa aku menganggur dulu....

Setelah 3 bulan menganggur, tiba tiba aku terima panggilan dari member aku yang masih bekerja kat situ, dia tanyer aku masih bekerja ker tak, pasal bos dah terajang mahkluk ganas tu dari opis, pasal kerja dia nak membamboo orang jer...

Jadi seperti manusia mengantuk disorongkan bantal aku pun kembali kepangkuan mereka  he hee...




Setakat yang aku bekerja disini, tak pernah aku buat cerita modern , semua cerita purba kala jer, yang ni cerita hikayat, cerita cerita rakyat, aku lupa tajuknyer he he...




Dah nazak... Dengan tak semena mena si Makhluk ganas tu kerja kembali kat opis ni, aku jadi tak selesa walaupun kuasa dia dah tak ada lagi, kemudian bermacam macam masalah timbul...aku dah tak bleh tahan lagi...



Yang ni antara storyboard storyboard aku yang terakhir sebelum aku berambus untuk kali kedua dari opis ni he heee




Tapi kali ni aku berambus dan tak menganggur, pasal aku dah bijak sikit, dapat offer baru berenti he he...

Opis baru aku ni memang gah! hebat! Dan terkenal dengan Tag line 'Number One In Malaysia', ya pembuat courseware nombor satu di Malaysia, tak perlu disangkalkan lagi, aku pun tak buat storyboard lagi, aku dah jadi Illustrator, macam macam bende aku kene lukis tak pernah terlepas, sampai kuman dan bakteria pun aku kene lukis...

Budaya opisnya sangat berbeza nak dibandingkan ketika aku bekerja kat opis terdahulu, Aku gagal mengadept kan diri aku kedalam mereka mereka ni


Banyak komplen dari segi ingking yang aku terima.... Aku dah nyawa nyawa ikan, mungkin dah hampir hampir kene buang, sebelum aku sedikit demi sedikit kembali jumpa momentum untuk jadi teror, Cheh! riak!!

Kemudian sedikit demi sedikit masalah kian membuak buak keluar, ibarat kentut yang ditahan tahan makin tahan makin busuk baunyer kalau terkentut! Aku pun tak mau cerita dekat sini sensitif wooo..akhirnyer sebelum kapal karam baik aku meloncat


Tempat aku meloncat ni lah tempat aku bekerja hingga lah sekarang ni... Tak tau sampai bila aku mampu bertahan kat sini... Akunyer jawatan sebagai Illustrator gak, tapi buat kerja kerja animation...macam storyboard, charachter design dan sebagainyer...



khas untuk amena sidiq







buat charachter design




Storyboard








key pose







HU! Terpanjang lak entry kali ni, yer la bukan ker tulis entry panjang panjang lagi baik......



17 comments:

Kitosia said...

Wuaaa pengalaman yang best..

Paan said...

Yo, yo. Lama siak x masuk sini. Aku tengah carik komik si Aie, tajuk dia 'ABe'.

INDRA QIRANA said...

Kitosia: pengalaman yang bercampur baur sebenarnya ada best ada yang tak senonoh gak he he

INDRA QIRANA said...

Paan: thanks sudi jenguk lagi... komik abe...hu ada lagi ker? mana nak carik kene tanya MOY production la kot

Aman Wan said...

wahh..kehidupan seorg animator..
kagum2. sumer animation yg dilukis tu slalu tayang kt tv mana?

meo188 said...

bilalah aku nk kawen nie... :(

INDRA QIRANA said...

aman wan: yang sebelum sebelum ni tayang kat RTM... tapi tempat baru ni belum tayang kat mana mana lagi..

INDRA QIRANA said...

meo: he he..tak per kalau ada jodoh sekejap jer dah kejinjang pelamin..yang penting doa selalu he he

froggypapa said...

ah,nyampah la akuh!!
aku mati2 ingat ada adegan *batuk* tadi.huh!!
agi idup agi ngelaban!

INDRA QIRANA said...

froggypapa: he he saja jer nak bagi kusyuk baca he he

merah said...

hahhaha..ok apa jd story bord
..
hehehe
agak kepeningan kepala jgk..
.apa pun ok lah da jd ayah kepada 2 org anak hehhehe...

..aku ni tak tau lah mcm mana jap agi..kawin ke tidak da nanti abis blaja mcm mana tak tau...
hahhahah
apa pun good luke

INDRA QIRANA said...

merah: ketentuan tu beb, kawin mestinyer kalau kita cari mesti dapatnyer,

kene lebih banyak bekorban nak bagi masa antara kerjaya dan family he he

Kentut said...

kena jilidkan ni jadi buku biography.aku nak yg free je kalau dh siap. mekasih.

INDRA QIRANA said...

kentut: he he ko buat ler sendiri macam ler tak der pengalam jumper pakcik Misai tu he he

Anonymous said...

-syahdunyer utk menjadi seorang ilustrator uhuk uhuk
-en rabun adalah seorang bapa yang sgt mithali

AnakMerdeka said...

Dalam 'panjang-panjang' tu, ada 'setitik' yang menarik minat AM untuk komen.

AM terbaca Indra Qirana bercerita pasal dari tak ada kerja sampai berjaya sampai sekarang. Rezki datang dari Allah. Alhamdulillah.

Tetapi dalam tu sempat gak Indra Qirana sebut 'Utusan Meloya'. AM tahu itu ditujukan kepada Utusan Malaysia.

AM bukan empunya Utusan Malaysia, atau penyokong setia UM. Tetapi AM tahu ramai sangat kat luar sana yang benci sangat dengan UM? Kenapa ek...

Sehinggakan orang yang dapat rezki dari Allah, melalui UM pun, masih lagi mengutuk akhbar berkenaan? Adilkah?

www.anak2merdeka.blogspot.com

INDRA QIRANA said...

anak merdeka: he he maaf lah abang merdeka, lain orang lain pandangan, aku tak suka utusan malaysia pasal ceritanyer berat sebelah,

Insya Allah kalau tak berat sebelah macam sinar harian mungkin aku baca Utusan malaysia