This is default featured slide 1 title

Ini Grimli ...Pahlawan Ketot

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label key animation. Show all posts
Showing posts with label key animation. Show all posts

Saturday, September 5

ALAMAK APA AKU DAH BUAT!!!



APA AKU DAH BUAT!?...

Aku telah melakukan sesuatu di opis aku baru baru ni!!!

Nak tau apa!??

Jeng jeng jenggg... Aku buat kerja lah kat opis, tak kan tengok tv lak kat opis!. Komputer pon tak der inikan plak TV, sungguh di anak tirikan benar aku ni hu!

Apa yang aku buat kat opis?... Sekarang ni aku tengah menyiapkan key pose untuk siri animasi kompeni yang aku kerja ni... ni lah salah satu hasilnya... terketar ketar macam tuanya!



nasib baik tarian melayu tak tukar jadi tarian broadway he he


Apa lagi yang aku dah buat!!


Apa yang aku dah buat!!? Aku belum bayar duit sewa rumah tapi aku perabis duit gaji aku, beli meja Ikea berharga Rm 195 ringgit malaysia, tak plan pun nak beli sebenarnya, cadangnya nak jalan jalan jer kat Ikea, tapi bila tengok meja ni terangsang plak nafsu aku... Satu tindakan terkejut dari aku sendiri ha ha!

Apa lagi yang aku dah buat!! Oh tidak!!

Apa ni? Budak kecik naik kereta!!


Alamak!! Apa aku dah buat!! Aku dah benarkan anak aku yang betul betul baru setahun jagung memandu tanpa lesen memandu!! Nasib baik di Ikano ni tak der polis trafik!


Jadi kita tengok Apa plak yang pemimpin kita dah buat!!!



Selamat hari jadi MALAYSIA
sorry terlambat nak ucap...saya sayang Malaysia...

ini lah bendera Malaysia pada mat mat Indon indon yang tak kenal bendera ni, tolong jangan ganyang Malaysia nanti Tuhan ganyang korang dengan gempa bumi!!


Bendera Malaysia dikenali juga sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, 14 jalur merah dan putih tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam iaitu agama rasmi Malaysia.


Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.





ni lah bendera Amerika Syarikat... mana lagi cantik bendera Malaysia ker Bendera Amerika ni?

Bendera Amerika Syarikat mengandungi 13 jalur merah berselang putih dengan empat segi biru yang mempunyai 50 bintang kecil putih. Lima puluh bintang ini mewakili 50 buah negeri Amerika Syarikat sementara 13 jalur pula mewakili 13 negeri yang memberontak ke atas pemerintahan British untuk menjadi negeri pertama dalam Kesatuan. Nama lain bagi bendera ini termasuk Stars and Stripes (Bintang dan Jalur), Old Glory dan Star-Spangled Banner (juga nama bagi lagu kebangsaan).


Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.
Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana 3 rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.
Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.
aku lebih suka kalau bendera ni lah, bendera Malaysia sekarang( jangan cakap aku tak patriotik lak, aku cakap aku lebih suka KALAU,) Tapi mana mungkin keris bersilang!! dah di cop awal awal oleh UMNO!
Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.
aku masih tak paham macam mana dengan 373 penyertaan dua finalisnya mempunyai design yang hampir sama?! tak boleh pilih yang lain sikit ker? Atau takan dulu dulu pon dah ada teori konspirasi menentukan siapa pemenang..ceh mcm akademi fantasia..ah mana mungkin...kebetulan jer tu
Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
inilah yang menang

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.
Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha

Menjadi persoalan, yang sepatutnya pemerintah kita jawab awal awal dulu kenapa sama sangat bendera Malaysia dengan bendera Amerika syarikat ni? Kebetulan kot!?...
Apa lagi pemerintah dulu dah buat...

memilih lagu yang disadur dari lagu barat menjadi lagu negaraku!!

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia.

Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.


Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said.


Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak

Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.

Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

Pierre Jean de Beranger

Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku.


Mamula Moon


"Mamula Moon" ialah sebuah lagu klasik gaya Hawaii yang dinyanyikan oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders. Lagu ini dimuatkan dalam album Paradise Isle dan diterbitkan pada tahun 1947. Irama lagu ini mempunyai persamaan ketara dengan lagu "Lagu Terang Bulan", yang mengambil ilham dari lagu kebesaran negeri Perak, "Allah Lanjutkan Usia Sultan", pada tahun 1901 dan kemudiannya merupakan ilham kepada lagu kebangsaan Malaysia, "Negaraku", pada tahun 1957.



Penemuan mengenai persamaan lagu ini dengan lagu "Negaraku" dilaporkan dalam akhbar The Star bertarikh 30 Ogos 2005. Pernah timbul perdebatan orang ramai bahawa lagu "Negaraku" menciplak lagu ini. Namun begitu, lagu rasmi negeri Perak yang menjadi asas "Negaraku" dipercayai dicipta oleh Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857, digunakan pada 1888. Sementara lagu "Terang Bulan" pula popular di Tanah Melayu dan Indonesia pada zaman 1930-an sedangkan lagu Mamula Moon pula hanya diterbitkan pada tahun 1947.

jadi sama ada mana satu lagu yang menciplak sama ada lagu mamula moon itu atau lagu negaraku tapi yang pastinya kedua duanya mengambil dari lagu ciptaan Pierre Jean de Beranger yang jauh lebih terdahulu menciptanya...



aku rasa kalau benar lah lagu negaraku adalah saduran dari lagu Mamula moon atau Terang Bulan ... Pas lebih layak nak guna lagu ni kalau memerintah nanti ni he he

kebanyakan fakta ni aku dapat dari wikipedia, mintak jangan di ISA kan aku lak... Zaman maklumat dihujung jari ni, bukan pelakon pelakon porno sahaja yang banyak telanjang kat laman web bahkan segala jenis fakta yang selama ni rahsia abis ditelanjangi ha ha nasib ahh

MERDEKA!!!



ALAMAK APA PULAK YANG MARVEL DAH BUAT!!!




The Walt Disney Co. telah mengumumkan persetujuan untuk membeli Marvel Entertainment Inc dalam perjanjian tunai dan stok bernilai USD$4 bilion (RM14 bilion). Rasa nak terkentut kentut aku baca berita ni!! Menyibuk sungguh Disney ni! Aku tak dapat bayangkan macam mana cerita Wolverine, Spiderman atau X-Men akan dicorak mereka. Terbitan Disney boleh jadi baik dari segi kualiti tapi kebayakanya tidak realitik... Bayangkan filem perang tanpa darah, cerita lanun tapi tak brutal... yeak!!



wolverine version disney he he

Read More...

Thursday, November 27

APA AKU DAH BUAT!!!



ok lah mari kita cerita pasal keje, apa aku buat selama ni hermm aku illustrator la apa lai, apa keje illustrator ni ?..ohhh melukis cover buku...oh mudah je tu,... semudah abc..tidak tidak ..tidak semudah itu, illustrator bermaksud buat macam macam , kepelbagaiaan dan selagi bende tu berkaitan ngan idea..lukis.. pensil pen ,warna.. ukur, gunting, tampal ... amend.. dan orang yg pertama dan first class sekali akan dipersalahkan kalo ada kesilapan dalam animation itulah illustrator



aku illustrator dalam bidang animation.. so storyboard tak leh elak lah mmg keje aku la tu...
ni lah contoh papan cerita aku ni ...kotak nyer sempit kecik dan sendat... charachternyer padat, semak dan padu..jadinyer tangan aku kaku dan membatu..sakitlah siot

lepas art director bagi arahan angle mana dia nak dan idea idea superb lain yg dia nak maka aku pon terjemahkan lah dalam bentuk papan cerita ni walaupon papan yg satu ni lembut dan lembik senang koyak dari papan sebenar kat luar sana nun..( saja buat lawak bodoh ps jgn lupa gelak eh)

kemudian kene lah lukis charachter design..kalo tak, nak animatekan apo bendenyerkan..maka ni lah antara charachter design yg aku buat dan mmg confirm mesti kene ubah sana sini berdasarkan nafsu dan selera ORANG ATAS ..sebelum betul2 finalize



kemudian bersiap sedia lah dialam keriangan maka aku pon dikehendaki membuat key pose berdasarkan storyboard tadi untuk mengerakan makhluk makhluk kartun kat atas ni





ni antara key pose yg aku buat, ada banyak lagi nanti aku pose kan lagi banyak...


Read More...