Tuesday, August 4

AKU TAK MAKAN BUAH MANGA!

Kebiasaanya aku memang tak makan buah manga... jangan lah terkejut! Aku tak tahan ngan rasa manga yang terlalu berAsid dan Masam! Mengkedutkan muka jer! Memang ada buah manga yang manis, tapi rasanya agak pelik untuk aku.

Inilah buah manga kalau korang tak kenal


... tapi kalau aku makan gak, tak ler alergic apa apa pun, tak der la sampai boleh jadi serigala jadian ker jadi pontianak ker, cuma tak puas lah nafsu serakah aku ni ha... Aku lebih suka makan buah pisang lagi, walaupun tak grand dan selalunya orang buat sedekah kat masjid ...

Aku pun tak kisah kalau orang makan buah manga, tak sakit pun hati aku ni ha, kadang kadang aku siap sedekahkan kat orang lain sebagai buah tangan, pasal aku tau orang Malaysia memang suka buah manga ni...

Asik cerita buah manga jer ni pahal!??

Yeee... Jangan lah pelik bila aku berdiskusi tentang buah manga ni... Selain manga buah, kita kat malaysia ni pon ada manga lain, iaitu Majalah Manga.

ieee geli akuuuuu....


Sebuah majalah hiburan yang mana buah manga dia agak busuk dan sangat masam, buah manga dia pun tak banyak yang berbuah kat pokok... Tapi banyak yang berendam kat dalam swiming pool.

Manga lagi!? Pahal ni!??

Rileks laaaa... Selain dari buah manga, dan Majalah Hiburan Manga ada satu lagi Manga yang ada kat muka dunia ni, iaitu Komik MANGA ler...

Nak Cerita pasal Manga Rupanya!! Chais!!

manga dan mata besarnya dan baju sekolahnya (baju ni pun selalu nampak kat malaysia)

Sebuah komik yang beridentiti stroke jepun... Kehebatan Manga memang tak bleh disangkalkan lagi, dengan stroke stroke yang simple, cute, kemas, dan licin wah macam apa la plak...
pasti ramai yang menyukainya...

Komik Manga ini sudah menjadi polimek dalam negara kita ni, Ada yang suka ada yang tidak... Pada mulanya bergerak secara kecil kecilan sebagai alternatif kepada Majalah Komik Kartun yang ada kat pasaran Malaysia ni, akhirnya pada zaman sekarang ianya mendapat tempat dan begitu kukuh sekukuh Tembok China jadi famous sefamous Piramid Giza. Sehinggalah membawa kepada zaman sekarang yang mana stroke selain daripada manga kini tak ada tempat dan susah bebenar nak cari makan...

Apakah puncanya... puncanya ialah adik adik kita sendirilah, kelahiran dorang kat muka bumi ini terkemudian dari kita dengan dibanjiri oleh penguasaan manga dan anime, Jadi dorang dorang ni lah yang jadi X faktor kebungkusan Majalah mcm Urban... eh tersebut lak atau komiko eh aku tersebut lagi! Maafkan hamba eh...

Bukan salah dorang pun, jadi janganlah marah tak tentu pasal... pokoknya sekarang bagaimana nak memujuk dorang supaya meminati stroke melayu macam kita kita ni ha, sambil meyakinkan " dik baju sekolah Malaysia bukan macam tu dik..Percayalah!" atupun " Dik Marilah beli buku yang ada ciri ciri kemelayuanya macam komik abang RABUN ni dik..Tolong la..."

Itu pendapat aku jer lah... Lain lain tu aku malas nak komen dan malas nak fikir , pasal aku tau ada forum forum sama ada secara bertentang mata atau pun secara online dah banyak sangat bertekak pasal bende ni, kalau aku tulis lebih lebih mesti ada suara merdu yang cakap, tak datang perjumpaan lagi mau banyak cakap...

Sebagai Pelukis Komik aku meminati pelukis yang mempunyai stroke moden dan matang macam Travis Charest, Jim Lee, J. Scott Campbell, Mike Mignola dan ramai lagi ler

Dan sebagai peminat komik aku gak meminati pelukis manga seperti Katshuhiro Otomo, Masakazu Katsura, Kubonouchi Eisaku,

komik manga yang aku suka

dan meminati manga seperti Dragon Ball dan Naruto

Jadi aku tidak lah anti manga pon bahkan kadang kadang menyukainya...

Jadi aku sebagai pelukis komik cuba menyahut cabaran untuk melukis komik manga ni...

panel yang mengarut ngarut

panel yang bertambah mengarut ngan karakter yang pelik!!

kekurangan efect!!

screen tone fotostate! macam nak mampos aku gunting dan tampal!



contoh komik manga buatan aku.... buruk bukannnnn...

Ha ha setelah apa yang aku buat... Maka sekarang sedarlah aku, manga masih belum menjadi makanan aku lagi... Aku terpaksa mengaku tu... tak matang betul stroke manga aku ni, tak per la kalau ada permintaan aku akan buat style manga, kalau tidak biarlah aku ngan style dan stroke aku sendiri jer lah..walaupun stroke aku sendiri tu lagi lah lintang pukang...






komik melayu aku yang tak laku


34 comments:

DIK AN said...

Laa...kau kartunis?

INDRA QIRANA said...

Dik An: yo kartunis sambilan dan picisan jo

mariarjun said...

yo ko bukan ker cik mmg tak makan buah buahan tempatan....kuikuikuikuikui...

INDRA QIRANA said...

he heeee buah import lagi best..tak banyak asid..Nabi pun suh makan buah tamar..buah tamar bukan buah tempatan he he...jgn marahhhh he he

Kentut said...

sesungguhnya buah mangga & majalah mangga langsung x de kaitan dgn manga. cis. tertipu aku. kenapa x letak mangga kunci sekali. he he.

INDRA QIRANA said...

alamak aku tertinggal manga kunci..haa terima kasih mengingatkan aku tentang mangga kunci... manga kunci pun aku tak suka keras dan berat hermmm

LanDoP JuRuH said...

ahhaha..aku tak tertarik sanagt pasl buah manga ke apa kee...tp yang aku tertarik pasal komik manga...ahhahaha....mungkin otak kita berdua lebih kurang sama kot hhaa..tak anti manga tp boleh la..tak der la minat sanagt..betul ckap ko keh manga la kita kepupusan komik kita,macam ko ckap komikoo,urban comik(ko minat jgk ke?sama lerr)keh datang nyerr syarikat yang kuar kan komik dwlod n jad kan satu majalah...dan dapat untung berbanyak2 untung nyee...kreko la maksud aku..eh ter saloh oyak pulop... .lupa kan jerr..yang penting aku kureng sanagt follow stroke manga ,walaupun lukisan aku sekrang nampak ada sikit2 tp no komen la.tp aku temngok ko lukis manga tak berapa mengancam la..ko buat ler lukisan asal ko..style kita ..aku lebih suka mcm tuu...tapi...... masayalah nyerr tak der pulak orng ska style mcm ni...tu tak best tuu...
apa2 pun,terus je dgn cara kita..kembang kan lg stroke kita,,tak g2.takperr aku follow ko..aku lebih suka stroke kita hahhaha....n komik malaysia aku lebih suka....apa2 pun majulah lukisan untuk komik malaysia ,sokonglah komik mlaysia..



apa2 pun baca ulsan aku pasal keantian aku ke pada komik2 mcm kreko tu..dlm blog aku..aku tulis yang lepas2.tgk je la..
wokeh kawan..

INDRA QIRANA said...

landop juruh: ye lah aku sendiri perasan manga aku tak manga cuma nampak seperti pisang goreng jer..worait stick with my own stroke jer la...wokeh nanti aku jenguk blog ko

meo188 said...

yg penting semua itu seni.

majulah cipan untuk negara.

cipan mu cipan ku jua

INDRA QIRANA said...

MEO: betul tu semuanya adalah seni... cipan pun suka seni ker? hermmm

LanDoP JuRuH said...

apo2 pun terus kan lah dgn usaha murni mu wahai sahabat hehhehehhe...ko minat uyrban komik jgk kerr???
waduh2 bgus2 u.c tu antra komik terbaik bg aku..sbb dia orng buat semua untuk buku tu.dr editor ke apa ke..semua dia orang buat...hahhaha..tak g2??

INDRA QIRANA said...

ya aku antara pembeli tegar Urban comic... tapi nak buat cam ner umur majalah tu tak panjang

LanDoP JuRuH said...

hahhaa...da adap komik malaysia mcm tu lerrr...hehehhe...da nak buat mcm mna..pelukis da cb terbaik tp pembaca komik kita ni tang tak brepa mint baca komik kita....tu masalah tuuuu

INDRA QIRANA said...

tak per tak per langit tak selalunya mendung mungkin kalo trend berubah maka situasi komik kita gak akan berubah... yang penting teruskan bekarya he he

farizghazali said...

arnab & kura-kura start jumaat ni 830 pagi. TV@ la. biasa.. banayk gak storyboard kau musim 3 ni. support la..

Basuh Baju said...

tabik utk lu..kartunis rupanya..pasni leh lukis muka aku versi kartun..haha

ps: mangga best. mangga yg mana? ha, teka sndiri

INDRA QIRANA said...

farrizghazali: woo ye ker... mesti lah suportnyer...lambat la lagi aku gi opis nampaknya

INDRA QIRANA said...

basuh baju: yer aku cuma pelukis biasa jer he he...manga paling best? hermmm entah lah ramai orang cakap Naruto..tapi untuk aku, aku pon tak der jawapanyae he he

beemer said...

manga? naruto n bleach ... hehehe!

INDRA QIRANA said...

beemer: ya bleach satu lagi, tapi aku jarang tgk bleach...he he

LanDoP JuRuH said...

hehhehe...manga???hmmm manga ? no komen lerr...yang penting aku minat si akira toriyama punyer work.pastu blade importl hahhahaha....suka la dia punyer lukisa...hehhehhee....tp komik kita lg bagus hahhahahha....tak g2????

INDRA QIRANA said...

landop juruh: ya betul tu, tak salah kita menjadikan artwork dorang sebagai pemangkin untuk kita menghasilkan karya yang sama taraf atau lebih baik dari mereka kalau boleh la he he

Monkey D Luffy said...

1. kenapa majalah mangga tu macam majalah playboy jer ek

2. lukis komik aku boleh? hehe

kirana said...

Kirana suke citer buah mangga tu jer! Indra perasan tak yg Indra salah eja... mangga jadi manga plak! Sowey la, Kirana meyebok skit!

INDRA QIRANA said...

Monkey D Luffy: 1: majalah manga tu memang majalah playboy pon tapi version melayu lah he he

2: he he bleh bleh sediakan ajer skrip yang lengkap he he...

INDRA QIRANA said...

kirana: lama tak nampak cik kirana eh... owh ye ker ada salah ejaan.. tu memang disengajakan kot he he...

beemer said...

bro ... bukan ker nora danish masuk mangga jugak ker? hehehe!

hafiz said...

pergh... ada pun... ini komik yang ditunggu... bile nakpublish inche rabun? stroke kemas, dan menawan? ;)

INDRA QIRANA said...

beemer: he heeee, tu tak per kot he hee

INDRA QIRANA said...

hafiz: thanks..stroke biasa biasa jer tu, tak tau la bleh di publish kan ker tak he he

ash said...

smart sey work lu brooo..nape tak laku lak

INDRA QIRANA said...

ASH: he he biasak ahh artwork aku banyak kelemahanya mana nak laku he he

LanDoP JuRuH said...

eleh..merendadr lerr pulok...hahhahah...ok da kartun ko..mungkin tak laku sbb skrang ni dia org nak kan art yang ke manga kot....

INDRA QIRANA said...

landop juruh: ok ker ni? he he any way setiap penerbit dorang ada konsep yang dorang dah pilih kalau kita cuba aprpoach dorang ngan style yang lain dorang mungkin tak amik kita nya artwork...biasalah lah lumrah kehidupan he heee