Saturday, August 7

KEMBALI DARI PERSARAAN



 Ya secara rasminya aku kembali dari persaraan!! 


Setalah sekian lama aku tak melihat karya aku terbit kat mana mana,  Kelmarin, aku buat pertama kalinya, kembali melihat KOMIK aku..Opsss silap KARTUN aku, terselit kat celah celah Majalah UMBRA, dengan hati yang sangat terharu, ditambah dengan kehidupan aku yang tengah haru biru skang ni, rasa nak menitis air mata aku tengok ha ha!

Walaupun jiwa aku bukan pada kartun dan lebih pada komik, tapi ibarat pepatah orang tua tua ada mengatakan, 'kalau tak der teh, kopi pon jadi lah. ' maka aku pon bedal jer laaaa.... jadi kalau aku punya karya tak cukup masak tu... mintak maaf banyak banyak ehhhh...




Terselit gak nama aku kat situ...gambar cilok dari FB Akar Creative




Yang ni plak cilok dari FP brader Rim, sorry ahhh jangan marah he he... Tak tau bila akan ada kat market..

Harap harap tak der masalah apa apa yang melanda, risau gak selagi tak nampak kat rak rak kedai.

Yang ni memang komik punya, bukan kartun, tapi bila aku tengok balik... macam kartun pon sikit sikit ada gak. Tapi ibarat kata orang tua tua dulu ' Sedangkan nescafe boleh bercantum dengan milo, inikan pula komik dan kartun'.


Kalau benarlah komik aku ni berjaya diterbitkan...

ada 2 benda yang aku harapkan

Pertama, Jangan kene boikot sudahlah, aku tak terlibat dengan perang dingin yang melanda sebelum ni.(teeeetttttt!!! cukup setakat itu)

Dan yang kedua

Beli yang original


12 comments:

Paan Ovrtd said...

Cis...lama x beli komik sejak kematian mangaka Shin Chan...kesian local comic. Takpe,I'm here to f*** everything back big time suckas!!!

Sang Hangin said...

teruskan berkarya, jgn lupa open table di ani sop utara selatan timur barat.. heh heh..

sammy! said...

Takde tomyam, sup sayur pun jadi...hihi...tak kisah la kartun ke, strip ke, contengan ker, yang penting pensel mesti mahu jalan....kipidap bro indra!

clickwear said...
This comment has been removed by the author.
hafiz said...

wow...mesti sapot punyer...xsabar nak bacer ;))

Hamzah Ian said...

wow!!!!

hafiz said...

rabun, aku dh beli komik ko bro...best! leh upgrade lagi...
akar creative ni nk terbit komik lagi ke? ;))

INDRA QIRANA said...

Paan Ovrtd: ish ye ker mangaka shin chan dah tak der...chis aku sungguh tak mengikuti perkembangan semasa uh!

INDRA QIRANA said...

Sang Hangin: ha haaa Open table, apa macam table opis bleh pecah wehehehe....aku dah perabiskan duit tu bayar hutang, apo nak dikatooo hu hu.....tunggu jer la boss buat open table bulan posa ni

INDRA QIRANA said...

sammy: thanks sammy, aku skang punya perinsip, bedal jo apo pun, janji bleh bekarya he he

INDRA QIRANA said...

Hafiz: thanks bebanyak bro,aku rasa dorang still open untuk publishkan work, rasanya lah, bleh try contact dorang.

pelukis yang ada portfolio macam ko mesti dorang lagi sukanya he he

INDRA QIRANA said...

hamzah lan: wow weeee