Sunday, July 25


Baiklah memandangkan aku tengah muak pada MEREKA meraka yang berada diatas aku dan tengah mengerakan aku bagai puppet dengan idea idea yang konon konon bernas nak mampos, 

OUT SOURCE ehhhhh!!! PERGHH TUNGGU LA AZAB KORANG!! 



Baik, bagi menambah ketensionan aku, aku tambahan keperitan hidupku dengan memblog kembali




Jadi keperitan pertama adalah untuk menyiapkan sketch yang sebersih yang mungkin dan ahirnya yang terhasil adalah sketch yang comot seperti muka aku gak! Kemudian scan dan scan, nasihat aku! kalau keperitan kamu orang panjang jangan tunggu lama lama baru  nak scan, siap 5 atau 6 keperitan terus scan, kalau nak tunggu 70 keperitan baru nak scan, sama ada scan korang akan pendek umor atau korang sendiri yang termuntah depan komputer nanti!!

Pengisian hidup untuk menampung keperitan hidup untuk permaslahan ini adalah Photoshop. Jadi isikan mentaliti komputer anda dengan photoshop






Keperitan kedua adalah untuk menginking demi membersihkan kecomoton dan kekotoran kehidupan pada keperitan pertama tadi. Untuk kerja kerja pembersihan ini, biasanya profesional akan gunakan cara tradisi, aku yang amatur lak tiba tiba ngada ngada untuk gunakan cara yang agak moden, Tapi satu nasihat aku cara moden ini kurang layan seperti mengunakan cara tradisional!

Pengisian untuk permasalahan ini perlu ada Adobe Illustrator dalam jati diri komputer anda.






Keperitan berterusan dengan menambah warna ceria dalam kehidupan yang malap dengan hutang hutang. Warna warna ceria ini perlu lah diisi dengan berhati hati, dua permasalahan pada peringkat perit ini, warna yang terkeluar dari landasan merebak kesana kemari, kita istilahkan sebagai bocor! Dan juga salah rak mewarna tengah sedap mewarna rupanya tengah menenyeh ke rak yang salah akibatnya warna nanti susah nak blend! Pening ker? Aku peduli apa!

Untuk permasalahan keceriaan ini  juga kita perlu ada tarbiah Photoshop dalam jiwa komputer kita .







Keperitan diteruskan dengan pengisian kata kata yang bernas! Biasanya orang yang pemalu dan pendiam macam aku ini gagal dalam mengatur kata kata indah, kalau tak, mesti dah ramai mak we aku dulu he he. Ini boleh dikira keperitan yang melampau, tidak lah berat tapi sangat leceh, berulang kali periksa masih ada salah tuturan kata kata, Jadi nasihat aku berhati hati ketika berkata kata

Sekali lagi Pengisian Adobe Illustrator diperlukan untuk menampung keperitan ini.






Keperitan seterusnya adalah menyusun kehidupan ini. Keperitan ini juga tak sesukar mana tetapi awas ianya sangat rumit, kalau tengah khayal atau mengantuk jangan buat perkara ini, silap silap salah susun, Oh ya pastikan jurang kehidupan adalah tepat sejak dari keperitan yang ketiga lagi, kalau tak tepat kita memang menempah keperitan berganda

Untuk keperitan yang terakhir ini perlu diisi dengan pengisian yang sangat mampan iaitu Adobe Indesign


Keperitan mungkin boleh terus berlalu selagi kita bertawakal pada Allah, aku juga bertawakal pada Allah, berjaya atau tidak aku menempuh keperitan dalam bekarya aku serahkan padanya.

Keperitan dalam sekeping kertas bernoktah nilai itu juga sedang melanda aku, itu pon aku serahkan padanya, aku dah berusaha tapi masih terjerumus kelembah keperitan ini
Aku sekarang pon tengah sakit tekak

PERIT BENAR HIDUP AKU KALI INI



12 comments:

Kitosia said...

Cherita yang bagus..I like It..Huhuhu..Leh jadi gak abg rabun ni...Huhuu

Sang Hangin said...

tanggung bang , jangan tak tanggung azab itu. heh heh.

mari kita cari jalan keluar. keluar dari terowong gelap ini. heh heh.

Ridhuan said...

bro.. inking traditional dgn modern apa beza? hg pakai tablet ke?

Aman Wan said...

cool~!! komik MEREKA keluaran AkarCreative. makin cergas MEREKA ek. haha. gud luck anche rabun. Akan ku rembat komik ni sebelum mamak kedai tu sempat letak atas rak! hehe

INDRA QIRANA said...

kitosia: thanks kito he he

INDRA QIRANA said...

sang hangin: yaaaa mari kita kaji sang dajal disebaliknya he he

INDRA QIRANA said...

Ridhuan: bezanya ingking pakai computer/modern lebih kemas tapi biasanya kalau org tu expert pakai manual pun ingking dah bleh kalahkan yang pakai komputer...

kalau ingking pakai komputer lebih afdal pakai tablet, kecuali kalau ada sepasang tangan yang maskulin dan jiwa yang tabah untuk menenyeh pakai mouse,

INDRA QIRANA said...

Aman Wan: thanks bebanyak..rembat jangan tak rembat he he

firdhaus hasraf said...

Salam bang, haha terkesan bahasa abang dalam entri ni yg sungguh perit meyiapkan work, salam berkarya, salam puasa~ wasalam~

Mohd. Fahmy b. Mohd Hashim said...

publish mana ni bro? aku dh semakin kesempitan bahan bacaan komik kebelakangan ni.. huhuhu. komik-m plak susah nk jumpa kt dmsara ni.

INDRA QIRANA said...

firdhaus hasraf:salam puasa, ya memang perit jadi seorang pelukis komik..uh

INDRA QIRANA said...

Mohd. Fahmy b. Mohd Hashim: publish kat akar creative..ala yang buat umbra tu he he, rasanya kat kedai buku mamak ada kot.. tapi kat gedung gedung buku besar tak tau la ada ker tak uh