Saturday, January 2

SALAM TAHUN MEMBARU!!! 010110




Selamat Tahun Baru, dan Selamat jalan 2009 sambil aku cakap "Boleh Jalan daaaa!!"

Tahun baru ni kita sambut dengan nombor yang sangat cantik 010110

Ada tiga nombor 1 dan tiga nombor 0

Sama ada kita memulakan tahun baru ni sebagai no1 atau kita hanya  segerombolan Tin kosong sahaja....

Jadi

Untuk merungkai nombor 1 sepanjang tahun lepas


1 Malaysia
Gagasan yang dicanang oleh Najib Tun Razak, Segala galanya tentang 1 Malaysia, setiap saat setiap detik kat televisen mesti keluar iklan tentang 1 Malaysia ni,  Sampaikan konsert 1 Wajah  M.Nasir pun tak jadi buat pasal takutkan idea ni sama dengan idea najib, ha ha ni aku buat fakta sendiri jer korang jangan percaya





Jawatan nombor 1 Perak dengan dua Menteri Besarnya


MCA dan kemulut  Jawatan Nombor 1
MCA dilanda kemulut yang paling rumit sepanjang riwayat hidupnya dengan jawatan timbalan dan jawatan nombor 1 MCA jadi taruhan

Formula1
Dan buat pertama kali juga Malaysia membuat pengumuman untuk menyertai Formula 1 dengan nama 1MALAYSIA Formula1 Team atau pun singkatanya 1MF1T wah sangat gemar dengan nombor satu Malaysia ni nampaknya, semoga kita mendapat berkat nombor 1 ni untuk jadi juara.





Bola Sepak Malaysia Nombor 1 di Asia Tengara
Penantian selama 20 tahun akhirnya Malaysia berjaya memenangi emas acara Bola sepak, dengan mengalahkan Vietnam 1-0



No 1 Dunia
Datuk Lee Chong wei dan Datuk Nicol David kekal sebagai pemain no 1 Dunia



H1N1
 Tahun ini Dunia dan Malaysia sendiri di timpa bencana penyakit H1N1 yang sehingga kini telah membunuh ramai manusia tanpa mengira pangkat dan usia





Dunia kehilangan Penghibur No1 Dunia
Raja Pop Dunia Micheal Jackson meninggal Dunia pada 25 Jun 2009 lalu meninggalkan segala legasinya tentang nombor satu didunia...



Dan akhir sekali Malaysia menutup tirai dengan satu tragedi......



Tragedi Pukul 1 pagi
bas dua tingkat sani Ekspress terbabas di lebuh raya utara selatan, seramai 10 orang terkorban dalam kejadian pukul 1 pagi pada 26 Disember lalu, nombor pendaftaran WSX 5101



Baiklah berbalik tentang tahun baru,


Aku dah bosan dengan azam tahun baru, azam tahun baru aku tetap azam tahun lepas dan lepas iaitu nak submit artwork kat mana mana publisher komik kat Malaysia ni...


Dan sesuatu yang ada kaitan dengan aku tentang 1, Insya Allah anak kedua aku akan menyusul keluar pada Bulan satu ni he he...

7 comments:

iidyll iceness said...

Congrats for the second baby..boy or girl?suka betul dengan baby...*_*

RABUN said...

iidyll iceness: thanks he he..tgh menghitung hari jer ni

cronstudio said...

Hepi New Year Bro..teruskan berkarya

vidadarisakura said...

selamat membaru jugak.hee

RABUN said...

cronstudio:hepy new year gak..dan sama sama lah kita terus bekarya he he

RABUN said...

vidadarisaku:ya selamat membaru ditahun baru he hee

farizghazali said...

baby baru..? kalau dah ada, war-warkan lah berita gembira tu.. semoga semua OK!!