Saturday, December 26

CUACA PANAS DIBULAN DISEMBER APA SEBABNYER!!!

 Tiba tiba angin sepoi bahasa menerjah muka aku yang handsome ni... Spek mata aku berterbangan di udara!! Ku perhatikan dari kejauhan "Spek mata aku dah senget!! Bila Aku harus gantikanyer!!!" Tiba tiba, Lap top aku  gendong melayang  jauh masuk ke kilang Acer ditiup taufan!..entah boleh betul ker tak tu!!?...
Aku terhoyong hayang mengagahi diri untuk berdiri.. Dan dari kerabunan mata ku ini..

tersergah gagah dua orang pembawa bencana!

AWAN DAN BADAI!!!

 

baik aku berhenti merepek sekarang...

 Poster movie Storm Warriors... Storm Riders 2 la tu....

Dan Yang Pasti aku belum tengok, jadi jangan harap aku nak riview pasal filem ni eh...





 Yang ni lah komiknyer.... dilukis oleh pelukis tersohor Hong Kong Ma Wing Shing... Aku peminat siri komik ni sampailah episode yang entah keberapa ntah, aku mula menjauhkan diri dari komik ni..pasal cerita dia dah mula mengarut ngarut...Sampai ke anak cucu ..bila nak habis?



Yang ni animasi dia... Pun aku belum tengok... ceh aku memang bukan peminat Pedang Setiawan yang tegar...sungguh tak setia!!





Yang ni siri Tv dia... Aku rasa pernah tengok dulu, mungkin kat 8tv, tapi tak layan lah...
Lain benar tengok Penjejak Badai yang rambut mengurai mengalahkan Ratu cantik Dunia tu Tiba tiba muncul ngan kepala stok banduan jer, Shock culture aku dibuatnyer!!


Yang ni Penjejak Awan versi Komik



 PenjejaK Badai Versi Filem... Tapi aku tak berapa gemar costume yang ni, macam hilang identiti Penjejak Awan yang agak rebel tu...
Tapi tak tau lah pasal aku dah lama tak Follow Komik Pedang Setiawan, Mungkin tiap watak dah pun berevolusi dengan jayanya, meninggalkan aku yang out to date ni...





Ha ha!! Aku pun nak menyibuk... Ni yang version Rabun nyer... Aku saja terbuat untuk Pergh Charachter Redesign watak Penjejak Awan...

Tapi apa pun kehangatan Awan dan badai meributkan Aties Jati ngan Selipar Jepun dengan Jepun jepunyer sekali...

aku rasa filem ni tengelam dek penangan filem Avatar




Apa pun trilogi filem komik Hong Kong ini masih bernasib baik, pasal pengkarya dorang menghasilkan filem sendiri... jadi originaliti  dan kuality tu terjaga skit..

Kesian ngan Dragon Ball dan  Street Fighter...  Huduh betul  bila hollywood buat filem filem macam ni!




Apa lah agaknyer nasib avatar Airbender nanti
hermmmm


"jangan lah risau serah jer pada aku!!"


"Selamat Tahun Baru"

14 comments:

Aman Wan said...

dengar citer, live action Fatal Fury pon akan ada.. hhuhu..rosak2 hollywood buat citer.. Terry muka tua~!

INDRA QIRANA said...

Aman Wan: Fatal Fury best tu!! Memang siot lah hollywood ni! menjahanamkan karya orang jer... apa nak buat dorang banyak duit huuuu

meo rabun said...

encik rabun leh buat komik thp cite storm rider jg nie...

tp ari nie sy nk g tgk avatar leh?

huhuhuhu :p

INDRA QIRANA said...

Meo: isk tahap malaysia pn tak lepas la...

yer silakan..Avatar tu aku dengar citer memang filem yang best

yang konfem tak best filem pulau asmara he he

dakwat-merah said...

bila holiwod buat cita dr komik bukan negara dia mcm siot...bodo giler.....dragon ball mungkin dia nak buat ala moden...tp bodoh giler....
tp kalu komik us buat pilem jadi pulak..mcm g.i joe,x-man,spiderman........dll..
jadi pulak..
ko layan cita pendekar lauk???

INDRA QIRANA said...

dakwatmerah: tu laaaa..patutnya industri filem jepun sendiri yang patut buat filem komik mereka sendiri supaya tak dihodohkan oleh hollywood

pendekar laut aku kurang layan la bro..ada satu komik aku follow iaitu pendekar sakti, sampai habis pasal siri dia pendek jer..

♥akukahmilikmu®♥ said...

sume cita tk tgk lagi..tgk avatar mcm best jer..nak kena tgk la cita nie..ramai kata best..

INDRA QIRANA said...

Akukahmilikmu: salam...aku pn belum tengok lagi he he..anyway jangan risau 10/10 yang kata best..setakat ni tak der yang kata tak best....

ajie said...

hahah...aku dah tgok storm warrior tu..Efx boleh tahanla..ala film 300..huh..

but Avatar juga film paling gempak CGI penghujung 2009 ni...

Ajim said...

Pedang setiawan tu aku rasa cerita dia akan habis bila pelukis dia mati. Tapi tak tau la kalau anak dia pulak nak sambung lukis komik tu nanti.

INDRA QIRANA said...

ajie: woo ala ala 300..worait gak tu tapi tu dah mcm komik barat tu..

kene kumpul duit tgk avatar la macam ni semua orang cakap best ni hu!

INDRA QIRANA said...

ajim: ha ha betul gak kata ko..tunggu pelukis dia mati ler kan...

harap harap anak dia tak reti melukis he he

Mrs Jaja said...

siri tv tu penah tgk dulu2...best jgk...yg filem baru tu...dah tgk jgk...tgk dvd cetak rompak...takde subtitle in english atau BM hanye ada subtitle mandarin...tgk tak paham2 jgk cerita tu...haha...tak paham macam mana dia bole bunuh kawan dia tu...huhuhu...

INDRA QIRANA said...

mrs jaja:

ho best rupanya siri tv dier ek, mungkin ceritanya bagus, dan lakonan jugak bagus walaupon kurang dari segi rupa he he...

tu la lain kali kalau nak beli yang cetak rompak kene tunggu lama sikit, baru gambar ngan subtitle beraneka bahasa ada he he..