Saturday, April 18

TINGGALKAN SATU PELURU!

Masa aku sekolah rendah ngan menengah dulu aku selalu mengalami satu sindrom malang ni, Selalu tertinggal bas sekolah, aku tak tau apa malang nasib aku... Masa sekolah rendah dulu bleh katakan aku seorang yang agak slow dan blur, uh malunyer nak mengaku, tapi nak buat cam ner dah kenyataan . Kala tengah termenung, rupanya budak budak tengah ligat berebut beratur nak naik bas, bila sedar je, aku nampak dikejauhan bas sekolah aku meninggalkan aku ngan asappp nya bagi aku hidu... kalo sempat aku kejer, aku kejar lah.. kalo tak, aku terpaksa tunggu ayah aku amik aku he hee...
Masa sekolah menengah aku antara pelajar yang kira masih mengunakan khidmat bas sekolah ni, kebanyakan budak budak lain dah naik bas awam, ada naik basikal sendiri, ada yang naik motor sendiri... apa lah nasib aku he he. Satu penyiksaan masa tu, pasal budak budak lain dalam bas tu kebanyakanya budak sekolah rendah, macam makhluk asing aku dibuatnya, tapi yang pasti aku tetap kene tinggal gak, pasal selalunya bila aku sekolah menengah secara automatik kadang kadang cikgu tahan lama skit, so teramat lah selalunya aku ditinggalkan bas sekolah aku masa tu.
Cerita pasal tertingal bas nampaknya ada satu yang yang tertinggal minggu ni, he he pasukan aku yang istemewa tu dah pon tertinggal bas gak, ha ha padan muka aku. Liverpool terkeluar dari saingan Champhion League. Kalah pada pasukan Chealsea, pukul 3 pagi aku tangok kat kedai mamak bawah rumah, Aduh cukup suspen nasib baik lah aku tak meletak harapan yang tinggi pasal dah tertinggal 1-3 sebelum ni... Tak per, tak per jadi Liverpool bukan Loserpool seperti yang di perkatakan...
Apa pon permainan malam tu tetap best tabik pada kedua pasukan, Liverpool masih bernyawa pada malam tu, dan masih melawan masa tu pasal liverpool still meninggalkan satu peluru masa di anfield.

apa apa pon,
Tinggalkana satu peluru!

4 comments:

Kalamtimur said...

suka tatap artwork yang bersih dan naif

INDRA QIRANA said...

terima kasihh he he

meo188 said...

cantik2...

hepi blogging!!! :)

INDRA QIRANA said...

thanks meo