Sunday, March 29

SEBUAH KEMATIAN!

Nyawa aku macam nak melayang bila tau kompeni yang aku sedang bekerja ni nak buat prototype btp ushhh luluh benar jiwa aku, maka segala jenis projek animation dibeku kan termasuklah segala cuti gak dibekukan, maka berkerjalah kami semua bagai nak rak dari isnin sampailah ahad selama dua minggu berturut turut... Sebagai Illustrator aku memang strugle di permulaan cerita, tapi biasanya dah last last minggu ,kita illustrator duk melangok jer, Strugle sungguh melukis bukan pasal kepayahan dan ketelitian lukisanya tapi ehemmm tahap KEBOSANAN yang amat lah melampaunyer he he... Aku lari dari opis lama aku ada banyak sebab yang malas aku nak cerita kat sini, tapi salah satu sebabnya ialah aku sungguh menyampah dan naik muak buat projek courseware ni lebih lebih lagi nak melayan kerenah minah minah kementerian yang loghat nak mampos... ada aje yang tak kene...





Tapi hidup perlu diteruskan di kala menyiapkan prototype ni aku sempat menyiapkan batle Death... juga watak yang aku suka, aku sangat suka perempuan yang ala ala gelap dan dingin begini he hee.. jadi untuk tidak terus menambah deritanya hidup aku ni, aku gunakan warna warna ceria untuk Death aku kali ni...ermm aku suka Death yang chris bachalo punya... ya aku peminat Chris Bachalo...Al maklummmm...





Dan pada masa yang sama gak masa buat prototype ni aku sempat pergi Zoo Negara yang aku rasa last aku pergi masa umur aku darjah 5 gitu he heee, semua nya pasal aku mengantikan tempat bos aku yang sepatutnya pergi luanching sebuah majlis clientnya, he he... rezeki, rezeki masuk zoo bukanya murah Rm15 woo.. Dah lama gila tak tengok binatang liar ni... ada banyak gak yang dah berubah rasanya... tapi yang tak berubah satu satunya ialah bau taik binatang binatang ni! ummm harum sungguh rasanya...


Dan akhir sekali saat yang paling indah dalam tempoh dua minggu ni..pasukan Liverpool berjaya menewaskan Manchester United kat Old Traford, ahhh alangkah indahnya saat itu ketika merayakanya kat kedai mamak bawah rumah he heee



Ohh Jadi courseware yang hampir meragut nyawa aku ni belum mampu membunuh aku lagi lah, pasal banyak lagi bende bende best yang bleh aku pikirkan... ya aku akan teruskan bekarya... aku gak Tgh buat draf komik untuk pts, tunggu time sesuai nak jumpa dorang ha ha KITA TERJAH!



3 comments:

meo188 said...

layanlah g zoo.... hahahaha

lame tak menjengah blog nih

INDRA QIRANA said...

aha.. terima kasih lah sudi jengok gak..

ijoi said...

you'll never walk alone...
kau ada join myrawk tak? aku join jadi member je tapi x pernah pergi bila ada live..aku ni bro..dr kecik lagi lahir2 je tru sokong Liverpool.. jatuh bangun bsama Lpool..kita tngk lawan fulham minggu ni..MU aritu kene 2-0 Lpool brp agaknya score, aritu AV kene 5-0 ngan Lpool kita tgk brp MU mampu...ko slalu lepak kedai mamak mana tgk bola? boleh join