Saturday, February 14

AKU SEORANG PENDERHAKA!??

Adakah aku seorang penderhaka... ya aku menderhaka pada diri aku sendiri kerana gagal menyiapkan komik yang sekian lama terkandas ni... aku blank macam mana nak menyusun ceritanya... dah berterabur sana sini plotnyer, lain kali aku akan catitkan sekali skripnyer dulu... supaya tak hilang dari REM aku yg tak cukup power ni... masa aku mengupdate blog ni aku dah pon menginking hampir 70 peratus komik aku ni... harap harap aku dapat teruskan komik cerita kemelayuaan ni, menyabil nyambil melayan kerenah politik melayu dan tuannya yang dah lintang pukang terbalik kuang kat malaysia ni...
ya aku lebih gemarkan watak yang tidak populist, tidak seperti Hang Tuah atau Jebat yang tersohor..aku sebaliknya memilih Awang dan lembing untuk dayangnya tu, Tuah memang bertuah walaupon sedikit dungu tetap sebagai pahlawan nombor satu.. maaf aku tak suka Tuah... terlalu membosankan...Jebat sungguh hebat, walaupun menderhaka dan dianggap wira, lebih lebih diwaktu seperti sekarang ni , nama jebat pasti harum he he ...tapi aku tak mau usik Jebat, dia dalam kelasnya yang tersendiri biar pelukis pelukis hebat yang mengolahnya ketahap yang sepatutnya..aku pilih Awang pasal dia bukan hero... iya memang seorang pahlawan, tapi mungkin terlalu jauh sekali nak dibandingkan dengan Tuah...Awang sanggup membunuh begitu banyak nyawa semata mata kerana seorang wanita bernama Dayang, tak bertanggungjawab sungguh...

Jadi kenapa aku memilih Awang... jawapanya mudah bagaimana aku hendak jadikan Awang seorang yang sepatutnya dia berada sekarang ... itu satu cabaran...
jadi aku harap aku dapat menyiapkan komik aku ni nanti...

5 comments:

Kalamtimur said...

Tidak kesabaran untukmembaca komik Lembing Awang Pulang ke Dayang sentuhan Rabun.

Gimana dih kalau dibikin komik Hang Jebat dari kacamata Lekir, Lekiu atau Kasturi

rafil said...

hey man thanks for the visit to my blog...kerja kamu pun gempak beb! keep up the good work!

Mohd. Fahmy b. Mohd Hashim said...

Ya.. Kau seorang penderhaka! begitu juga aku yg sdg ink komik aku tk siap2 lg. sehari satu page inking. tu pun lompat2, tk konsisten hari2. Aku pun sama tk sabar gak mcm che'gu kalam timur nk baca komik ko dgn penuh semangat!

RABUN said...

kalamtimur:

he he jgn ler terlalu mengharap sgt takut tak seperti yang diharapkan... idea encik kalam tentang perspektif pandangan hang lekir lekiu atau kasturi terhadap jebat tu agak menarik gak...

lagi satu tak siapa tahu apa jadi kat mereka setelah hang jebat mati dan tuah menghilang kan..

rafflethazzle: aku akan sentiasa melawat laman web anda...pasal cukup menarik he he

amykamen: he he ko dah kira bagu satu hari ada jugak ingking aku makan minggu2 baru satu page hehehe

Unknown said...

bang nanti ader tak free lance work untuk saya dalam grafik ker.editing ker ..buat kopi ker yang penting saya leh belajar smthing dalam wat komik nie