Friday, November 14

MASIH DALAM MOOD JIWA KACAU


Masa aku menaip ni aku masih belum berjaya menyiapkan komik aku, masih jiwa kacau, agak muak buat animation yg ada unsur unsur edutainment, boring nak mampos!... So daripada aku pikirkan animation yg membosan kan tu, lebih baik aku buat keje lain yg lagi besh, skang aku tgh memulun tribute kat watak Keluang Man, secara tak langsung gak untuk khas buat Cik Kamn Ismail ( Orang pertama yg amik aku bekerja setelah mengangur selama 4 tahun, kutuk kutuk gak jasa tetap dikenang eh ) yg banyak mengajar aku untuk menjadi seorang storyboard artist dan juga pelukis komik, walaupon artwork aku masih suam suam jer..entah ingat ker dia kat aku..tapi yg pasti mmg aku tak bleh lupa kat dia, lebih lebih lagi tang misai rimau dia tu he he...TETAP MENJADI PUJAAN HATI KUUU!!!!











Keluang Man antara watak kartun made in malaysia yang paling famous... tapi sayang aku tak sempat joint team keluang man walaupon member member yang aku kenal skang kebanyakannyer adalah manusia manusia hebat di belakang tabir yang merealisasikan charachter ni ... aku hanya joint bila cik kamn buat animation Lagenda kinabalu






ni antara scene Lagenda Kinabalu yang aku buat, aku cedok kat quest nyer website






yang ni animation Pusaka... aku on off masuk Quest animation dua kali jer... kali kedua aku cabut betul betul dan sampai skang aku masih belum jejak kaki kat taman seri manja tu he heee...

2 comments:

meo188 said...

keluang man?

menganggur 4 tahun? pergh... x-perienced person encik rabun nie..

fandi said...

keluangman yg kemas.