Thursday, June 10

LOGO HALAL

HU! Sejak akhir akhir ni memang tak cergas blog aku ni he he, memandangkan dunia aku yang diluar sana sangat kucar kacir maka dunia kecik aku di ruang siber ni jadi sangat sempit plak..

Dunia Malaysia kita juga jadi sedikit kucar kacir sekarang ni...ya sedikit jer la, pada aku... pasal dah agak kental kene seksa dengan pemimpin pemimpin Malaysia yang sangat perihatin ehem ehammm... Apalah sangat dengan kenaikan harga minyak, gula, tepung, kereta, interest, rumah, bla bla bla bla...satu jer tak naik naik...gaji!

Apa yang aku boleh sebut "Aiman tak kisah...."

satu tagline ikon khas untuk rakyat Malaysia yang pasrah dan pasrah selama 50 tahun lamanya 

Awww!! politik youuuuuu...aku tak nak cerita pasal politik! Ramai yang mual nanti!!!

Soooo ini cerita yang bukan politik dari aku!

Pagi pagi kadang kadang aku akan ke kedai runcit, bende pertama aku tengok ialah Suratkhabar, biasanya tempat ni akan jadi perpustakaan awam tak bertauliah, bergantung kepada berapa masin dan tawarnya taik idung owner kedai tu. Kat rumah aku ni owner kedai dia jenis boh layan, maka jadi lah perpustakaan tak bertauliah, tapi bapa ku pernah bilang, dia ada tengok sorang ustaz baca suratkhabar kat kedai tu, bapa ku bilang " nama saja ustaz, tu kira haram lah tu baca tak bayar sama jer macam mencuri"...katanya

betul jugak aku pikir, ah lantak lah aku cuba bersangka baik mungkin ada bende yang menarik sangat sampai dia terleka atau dia dah baca abis, baru dia bayar tanpa ambil paper tu perghh....

Tapi ada juga muka muka pembaca free kat kedai tu nampak sangat memang macam takan bayar nyer la...Kali ni aku tak bleh bersangka baik lagi. Pasal muka tu memang biasa aku nampak siap duduk tepi longkang baca he he..

Pastu ada satu golongan plak sangat khusyuk!! Mengalahkan kekusyukan para alim ulama, ditenung amat amat suratkhabar tu, Jadi aku yang kuat menyibuk ni pon nak tengok jugak apa yang dia tengok sampai macam tu sekali seriusnyer..

AWHHH!! NOMBOR EKOR rupanya! Chis!! HARAM JADAH punya manusia. Ini dah kira dua kali HARAM. Aku tengok betul betul muka dia dan ternyata yang paling penting dia adalah MELAYU.

ohhhh tidakkkkk

2 comments:

cikTi said...

org mlayu islam mcm tu mmg bodoh//

Kitosia said...

Pandangan pertama nampak baik,Second punya tengok,Pergh!!Syaiton bertopengkan Manusia...