This is default featured slide 1 title

Ini Grimli ...Pahlawan Ketot

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, June 13

TIADA LAGI PROJEK MEE SEGERA!!!!!!!!

Itu aku pinjam dari kata kata timbalan presiden umno iaitu Najib Tun Razak tahun lepas, sekarang dia dah pon bergelar PRESIDEN umno yang baru.Jadi aku harap tiada lagi projek mee segera kat malaysia ni! Aku cukup mual baca berita keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu yg runtuh jam 7.30 pagi! Apadah! Matahari naik ko pon rebah...sangat ironiknya! , walaupun baru berapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu sempena Sukan Malaysia 2008 tetapi cukup tempoh setahun pon ianya roboh, masak kita kalo buat stadium tiap tiap tahun . RM 270 juta setahun WOW! baik bagi duit tu kat fakir mcm aku ni ha! Ada yg mengatakan Stadium ini antara projek MEE SEGERA kerana perlu segera disiapkan sebelum sukma berlangsung. Nah rasakan lah akibatnya!!



Aku cuma berharap mana mana pengkontraktor tak kira lah kelas apa baik A ker F ker Z ker, pikir pikir la skit, tolak aje projek projek mee segera ni, pasal lambat laun ko juga yang susah dan dipersalahkan ha ha





Tapi yg pasti aku terlampau banyak projek yg terbengkalai... aku mempunyai satu sifat tidak mudah berpuas hati dengan apa yang aku buat, mungkin apa yg aku buat is ok jer la.. tapi bila aku bandingakan dengan orang lain punya n then aku akan cakap "natang la aku nyer artwork ni! he he!

yg ni aku cuba buat untuk PTS, kononya la..pasal duration komik yg ni aku buat agak panjang skit lah... baru pensil jer, adalah dlm 20 page siap... nak tunjuk awal awal aku pon tak konfident , tunggu banyak skit baru buat apointment kot, sampai skang pon aku masih lukis sikit sikit curik curik time kat opis... aku harap yg ni tak terbengkalai, sentiasa on going jer., tak kira berapa lama pon aku kene siapkan jugak... komik ni berkisar pasal makhluk asing yg terasing kat dunia kita ni he he...



Aha! yg satu ni mmg masternyer terbengkalai tajuk dia BUNGA ANGKASA... sampai skang aku masih belum siapkanya, kalau ikut perancangan akan masuk kat huyoo comic tapi dua dua terbengkalai..apa mak buat... sampai berubah rubah stroke aku...aku tak pasti aku bleh follow stroke yg cam ni balik ker tak? he heee...



yg ni aku buat sempena melihat kemunculan komikoo cewah ingat nak menaikan komik komik melayu pendekar mcm ni..rupanya pendekar awal awal lagi dah gugur kat medan perang... Inallillah



aku cuba adapsi dari cerita Lembing Awang Pulang ke Dayang yg ni dah hampir hampir siap sampai aku tiba tiba terhenti nak menyiapkanya pasal tak yakin ngan plotnya yg agak berterabur, sambil aku tgk balik heronya punya costume sgt out to date dan aku skang tgh renovate cerita ni balik





yg ni first time aku buat fully digital comicnya pakai photoshop aku sgt admire ngan puperters punya artwork..ni aku amik dari character redesign yg aku menang Jengking merah tempoh hari..kemudian aku pikir siapa yg nak publish komik bewarna aku ni... Sedangkan black n white pon susah org nak amik! so aku bengkalaikan nya dulu...


yg ni komik Mawar Berduri, komik yg asalnya aku buat untuk satu pertandingan yg aku rasalah kalo tak silap di anjurkan Urban comic ngan kunikuya, bila tak menang maka aku pon hantar kat USOP ... Jadi yg ada ni kira bikin semula lah ni stroke pon agak berbeza ngan komik Mawar Berduri yg ada kat dlm USOP tu he he... aku sepatutnya menjadi komik aku yg paling aku titik beratkan, pasal aku sangat sayang ngan character Mawar Berduri aku ni tapi sampai skang aku tak dapat menrealisasikanya, apakan daya



ni yang dah siap ingkingnya...





yang ni aku ada antar untuk Gempak dulu, aku ingat lagi masa aku pi tu opis dorang dah ada grill kat bawah, sebelum tu bleh naik sampai atas, almaklumlah kali ni aku tak buat appointment dulu kira nak serbu jer.. nasib baik aku nampak Ayor nak naik, masa tu aku tak tau pon dia ayor, aku pon panggil ngan tak malunya "bang bang nak antar komik bang bleh?" dia ckp "bleh bleh", dia amik dan bawak naik atas...pastu mungkin dia buang dlm tong sampah kot , he heee tak der la aku pon tak tau dorang buat apa ngan artwok aku tu buat alas meja ker buat lap meja ker tak tau la... tapi mungkin pasal tak menepati piawaian dorang kot, sepatutnya dia email atau masage aku mengatakan terima kasih mencuba duka cita kami tak dapat menerima artwork kamu, jadi terasalah di hargai skit, yelah siapalah aku picisan jer.. ..komik yg original pon aku lupa letak kat mana pasal tiap kali aku tgk aku akan ubah balik komik ni...uish lama lama aku sorokan... Pastu aku pon tak ingat mana aku sorokan komik ni. lagi... komik percintaan ni bertajuk "Sementara Selamanya"



Komik ni lagi ler lamanya, komik ni aku dah hantar kat JOM dulu kira dah siap pon... Cuma ada satu dua page mungkin aku akan ubah kalo dorang berhajat amik komik aku ni... Aku ingat lagi masa antar ni dengan regular artist dorang masa tu.. X- lid, gak aku datang ngan prem aka Adiemus ( ko ingat lagi tak saat saat bahagia tu?, entah baca ker tak blog aku mamat sekor ni?) ... masa tu kira masa masa yg agak genting mungkin pasal dorang dah mula gila ngan artwork manga la..tak lama sebelum JOM BUNGKUS! Tapi tak per la aku paham apa permasalahan majalah komik kat malaysia ni, sabar jer laaaa...


yang ni aku saja saja kaler... memandangkan tak der sapa nak ngan artwork aku.. aku pon layan blues sambil mengaler komik ni sambil nyanyi lagu M. Nasir ...Gerhana woooo oooo Gerhana!!!


banyakan yg Terbengkalai! Kagum tak!


Tapi sebagai seorang artis kalo aku diberi peluang, tak lah semua aku bengkalaikan, aku akan buat dan siapkan bergantung ngan masa ngan harga yang diberi, sumpah aku TAK DEMAND!

kat link nihttp://indraqirana.blogspot.com/2008/03/komik-usang-ku.html antara komik komik yg berjaya aku hasilkan..terima kasih pada semua publisher yang sudi memberi kepercayaan pada aku... Walaupon kebanyakanya mempunyai masalah dalam membayar aku pasrah



Satu lagi aku memang seorang yg penCINCAI pasal aku RABUN! so aku mintak ampun pada yg dah termakan hasil cincai aku tu...apa pon

aku kene TERUSKAN BEKARYA!!
Read More...

Monday, June 8

APA INGAT AKU KULI BATAK KE!!?

gambar pelukis storyboard malang


Dah lah hari hari kerja..Isnin sampai Jumaat, kadang kadang sabtu ahad pon buat kerja opis kat rumah, APA INGAT AKU KULI BATAK KER!???


Ya memang la dah nama pun manusia aku pun ada hati dan perasaan untuk berehat bersantai bersama keluarga, apa ingat bos jer bleh bersantai santaiaan... ahh persetan dengan OPIS kadang kadang kita beri lebih, lagi banyak dia komplen..aku nak terbang!! terbang bebas seperti burung merentas alam..


macam burung ni...hermmm tak rupa macam bebas pon!
ah!! persetan dengan burung..lagi pon aku manusia mana sama ngan burung!




So IKANO ada lah tempat favourite kita untuk bersantai santaiaan, mestilah ler tu la tempat paling dekat ngan kediaman kami, tapi kalo nak beli barang pi Tesco gak, opsss Tesco... kalo aku kaya besok aku takan pergi Tesco, percayalahhh..boikot Tesco!....

Rabun:"wuuuuu banyaknya burunggggg, awek pon ramaiii..wuuuu"

Qasturi: woi orang tua pandang depan lah!






Rabun: " wopsss worait mem! say cheseeee!!" penat menahan perut

si kecik: haaaeeeehhhhhhh!
Read More...

Thursday, June 4

AKU DAH ADA MUSUH!



NI KE MUSUH AKU? BUKAN NI AWEK AKU HE HE... ACAH JER NI ARTWORK AKU LER!


Gila ah... sekarang aku tengah bekonfrantasi, semenjak dua menjak ni, aku dah ada musuh yang selalu tak puas hati dan selalu nak berlawan dengan aku..dia datang bila semangat aku berkobar kobar, dia datang saat aku ditengah kerajinan, dan dia juga datang bila saat sangat genting . Ya!.. Aku tengah bergasak dengan keupayaan diri aku sendiri... Tiga empat kerja yang datang sekali gus memang mencabar tahap ketoughan badan dan minda aku ni...Kadang kadang badan masih bekerja..otak dah lama stuck..kadang kadang otak masih bekerja badan dah lama crack!


Kat opis Aku tengah mengusahakan kerja kerja storyboard yang kadang kadang aku pikir tak masuk dek akal, dah lah buat cerita animasi yg membosankan, meloyakan tekak, mengada ngada tahap cipan lak tu! Tak kemana mana lak tu animasinya, jadi kerja storyboard aku jadi sangat sangat payah dan sangat sangat bosanaba! Ahhh! Persetan kan saja, angap aja lah tu satu cabaran hidup, kalo semua orang nak buat cerita best, siapa nak buat cerita tak best, biar aja kompeni aku ni yang mengambil tanggung jawab tu..

Sambil sambil tu aku cuba mengusha ngusha tempat yg bleh memberi kebahagian pada aku ketika bekarya..tapi portfolionya kene lah tukar dulu iyeee... dah tempat jenis jenis dakwah, tak kan aku nak tunjuk artwork awek posing mcm Chun Li lak kan. Ya angap aje la satu cabaran, Satu hari jugak aku pulun buat artwork komik dakwah...pergh! Susah sungguh nak menghasilkan karya berdakwah ni, sedangkan aku sendiri yang patut didakwahkan. ..aduh..
tapi ALHAMDULILLAH editornya suka ngan apa yg aku buat, tapi rasanya, tak best pon apa yg aku buat. Ah lantak lah peduli apa aku! ...tapi malangnya komik aku tak leh disumbat mana mana pasal dah banyak pulak pelukis pelukis yg buat lubuk cari rezeki kat tempat ni...kerja tetap memang ada di offer, tapi grafik artis...herm nanti dulu kene masak mee goreng sepikir pikirnya.

oleh kerna aku ada sikit sikit keupayaan mengunakan flash, maka ada lah buat sikit sikit job interaktive, kalo ikutnya tak der la susah sangat tapi kerja kerja grafik ni, tapi kesusahanya seibaratkan, ianya seperti melayan kerenah seorang awek yang kememeh dan ada skit skit sakit mental... kadang kadang kita tak tau mana silap nya.. dah masuk script kat button tapi tekan pegi tempat lain daripada yg dihajatkan... dah save file crash la plak, computer heng la, dan mcm mcm lagi lah kerenah yg bukan bukan... he he




penatnyeeee......................................................
Read More...