Saturday, June 13

TIADA LAGI PROJEK MEE SEGERA!!!!!!!!

Itu aku pinjam dari kata kata timbalan presiden umno iaitu Najib Tun Razak tahun lepas, sekarang dia dah pon bergelar PRESIDEN umno yang baru.Jadi aku harap tiada lagi projek mee segera kat malaysia ni! Aku cukup mual baca berita keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu yg runtuh jam 7.30 pagi! Apadah! Matahari naik ko pon rebah...sangat ironiknya! , walaupun baru berapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu sempena Sukan Malaysia 2008 tetapi cukup tempoh setahun pon ianya roboh, masak kita kalo buat stadium tiap tiap tahun . RM 270 juta setahun WOW! baik bagi duit tu kat fakir mcm aku ni ha! Ada yg mengatakan Stadium ini antara projek MEE SEGERA kerana perlu segera disiapkan sebelum sukma berlangsung. Nah rasakan lah akibatnya!!



Aku cuma berharap mana mana pengkontraktor tak kira lah kelas apa baik A ker F ker Z ker, pikir pikir la skit, tolak aje projek projek mee segera ni, pasal lambat laun ko juga yang susah dan dipersalahkan ha ha





Tapi yg pasti aku terlampau banyak projek yg terbengkalai... aku mempunyai satu sifat tidak mudah berpuas hati dengan apa yang aku buat, mungkin apa yg aku buat is ok jer la.. tapi bila aku bandingakan dengan orang lain punya n then aku akan cakap "natang la aku nyer artwork ni! he he!

yg ni aku cuba buat untuk PTS, kononya la..pasal duration komik yg ni aku buat agak panjang skit lah... baru pensil jer, adalah dlm 20 page siap... nak tunjuk awal awal aku pon tak konfident , tunggu banyak skit baru buat apointment kot, sampai skang pon aku masih lukis sikit sikit curik curik time kat opis... aku harap yg ni tak terbengkalai, sentiasa on going jer., tak kira berapa lama pon aku kene siapkan jugak... komik ni berkisar pasal makhluk asing yg terasing kat dunia kita ni he he...



Aha! yg satu ni mmg masternyer terbengkalai tajuk dia BUNGA ANGKASA... sampai skang aku masih belum siapkanya, kalau ikut perancangan akan masuk kat huyoo comic tapi dua dua terbengkalai..apa mak buat... sampai berubah rubah stroke aku...aku tak pasti aku bleh follow stroke yg cam ni balik ker tak? he heee...



yg ni aku buat sempena melihat kemunculan komikoo cewah ingat nak menaikan komik komik melayu pendekar mcm ni..rupanya pendekar awal awal lagi dah gugur kat medan perang... Inallillah



aku cuba adapsi dari cerita Lembing Awang Pulang ke Dayang yg ni dah hampir hampir siap sampai aku tiba tiba terhenti nak menyiapkanya pasal tak yakin ngan plotnya yg agak berterabur, sambil aku tgk balik heronya punya costume sgt out to date dan aku skang tgh renovate cerita ni balik





yg ni first time aku buat fully digital comicnya pakai photoshop aku sgt admire ngan puperters punya artwork..ni aku amik dari character redesign yg aku menang Jengking merah tempoh hari..kemudian aku pikir siapa yg nak publish komik bewarna aku ni... Sedangkan black n white pon susah org nak amik! so aku bengkalaikan nya dulu...


yg ni komik Mawar Berduri, komik yg asalnya aku buat untuk satu pertandingan yg aku rasalah kalo tak silap di anjurkan Urban comic ngan kunikuya, bila tak menang maka aku pon hantar kat USOP ... Jadi yg ada ni kira bikin semula lah ni stroke pon agak berbeza ngan komik Mawar Berduri yg ada kat dlm USOP tu he he... aku sepatutnya menjadi komik aku yg paling aku titik beratkan, pasal aku sangat sayang ngan character Mawar Berduri aku ni tapi sampai skang aku tak dapat menrealisasikanya, apakan daya



ni yang dah siap ingkingnya...





yang ni aku ada antar untuk Gempak dulu, aku ingat lagi masa aku pi tu opis dorang dah ada grill kat bawah, sebelum tu bleh naik sampai atas, almaklumlah kali ni aku tak buat appointment dulu kira nak serbu jer.. nasib baik aku nampak Ayor nak naik, masa tu aku tak tau pon dia ayor, aku pon panggil ngan tak malunya "bang bang nak antar komik bang bleh?" dia ckp "bleh bleh", dia amik dan bawak naik atas...pastu mungkin dia buang dlm tong sampah kot , he heee tak der la aku pon tak tau dorang buat apa ngan artwok aku tu buat alas meja ker buat lap meja ker tak tau la... tapi mungkin pasal tak menepati piawaian dorang kot, sepatutnya dia email atau masage aku mengatakan terima kasih mencuba duka cita kami tak dapat menerima artwork kamu, jadi terasalah di hargai skit, yelah siapalah aku picisan jer.. ..komik yg original pon aku lupa letak kat mana pasal tiap kali aku tgk aku akan ubah balik komik ni...uish lama lama aku sorokan... Pastu aku pon tak ingat mana aku sorokan komik ni. lagi... komik percintaan ni bertajuk "Sementara Selamanya"



Komik ni lagi ler lamanya, komik ni aku dah hantar kat JOM dulu kira dah siap pon... Cuma ada satu dua page mungkin aku akan ubah kalo dorang berhajat amik komik aku ni... Aku ingat lagi masa antar ni dengan regular artist dorang masa tu.. X- lid, gak aku datang ngan prem aka Adiemus ( ko ingat lagi tak saat saat bahagia tu?, entah baca ker tak blog aku mamat sekor ni?) ... masa tu kira masa masa yg agak genting mungkin pasal dorang dah mula gila ngan artwork manga la..tak lama sebelum JOM BUNGKUS! Tapi tak per la aku paham apa permasalahan majalah komik kat malaysia ni, sabar jer laaaa...


yang ni aku saja saja kaler... memandangkan tak der sapa nak ngan artwork aku.. aku pon layan blues sambil mengaler komik ni sambil nyanyi lagu M. Nasir ...Gerhana woooo oooo Gerhana!!!


banyakan yg Terbengkalai! Kagum tak!


Tapi sebagai seorang artis kalo aku diberi peluang, tak lah semua aku bengkalaikan, aku akan buat dan siapkan bergantung ngan masa ngan harga yang diberi, sumpah aku TAK DEMAND!

kat link nihttp://indraqirana.blogspot.com/2008/03/komik-usang-ku.html antara komik komik yg berjaya aku hasilkan..terima kasih pada semua publisher yang sudi memberi kepercayaan pada aku... Walaupon kebanyakanya mempunyai masalah dalam membayar aku pasrah



Satu lagi aku memang seorang yg penCINCAI pasal aku RABUN! so aku mintak ampun pada yg dah termakan hasil cincai aku tu...apa pon

aku kene TERUSKAN BEKARYA!!

17 comments:

Tiniedia said...

Cantiknyer cartoon, macam penah tgk lah cartoon2 ni..cam kartun yang cite budak sekolah tue...tapi dah tak igt..tapi mmg familiar...

Lun said...

mee segera buat lun lapar

RABUN said...

tinie: thanks, jgn lukisan aku mcm budak sekolah udah ler hehe

Lun: aku suka magie goreng sodappp

Basuh Baju said...

teruskan berkarya...malaysia perlukan anak muda seperti kamu.. :)

RABUN said...

Basuh baju: thanks..aku dah tak muda lagi dah he he he

Meooo Comicore Club said...

erm, projek mee segera nak dikurangkan. tp sy skrg nie dah stat duk makan mee segera lah pula.... help!!!

teruskan perjuangan...

RABUN said...

mee segera pon dah mahal skang meo oi he hee

ajie said...

mana2 yg terbengkalai..ko teruskan jerla...waima berjaya dipublish atau tidak....sayang juga kalo dah buat penat2 tapi sekerat jalan...

aku perati stroke ko dgn stroke adiemus dan byk berubah....bagus2...

firdhaus hassan said...

salam, bang, kartunis jakkal sape ye? ada link ke blog dia kalau tahu. proses melukis kartun/komik ni lama kan. ah~

RABUN said...

bro ajie: wa thanks ahh atas kata kata perangsang tu jgn takut aku akan siapkan jugak...

RABUN said...

firhdaus hasraf: http://jakalll.blogspot.com/

tu jackallnyer alamat...proses lukis komik ..depand la situasi dan keadaan he hee

Kalamtimur said...

Pakcik sangat teruja akan sikap gigih IndraQirana, semoga suatu hari nanti bakal menjadi pekomik yang berjaya. Amin

firdhaus hassan said...

bang sangat terima kasih atas link, bila komik kita buat tak diterima, agak sedih kan, tapi hantar kat pihak lain, diterima, terubat juga, tapi apa2 pun stroke drawing brader cun, bende ni subjektif tapi bidang ni pasang surut gak ea? ye ke.. ah~

RABUN said...

kalamtimur: terimakasih pakcik, lega bila ada org menghargai kegigihan kita... semoga aku tak kandas lagi he he...

RABUN said...

firdhaus hasraf: bila komik kita tak diterima, tak der la sedih sgt... kita kene ikut selera editor, kadang kadang dia org akan up kita balik, supaya jgn patah semangat dan cuba lagi...itu yg aku buat skang, yg buat aku sedih bila penat lelah aku tak dihargai...ITU SEDIH he heee

Mohd. Fahmy b. Mohd Hashim said...

jadi submit kat pts kan? rugi tk submit... kami pembaca komik sanggup berkorban utk baca n tngk bahan yg menarik! :). tatakae rabun san!

RABUN said...

mohd fahmy: woooo tgh kumpul proposal he he