Thursday, October 22

KOMIK BERKULAT!?




Komik yang dah naik berkulat aku bawak kehulu kehilir dalam beg kerja aku ni ha,
biasanya tiap kali ada masa lapang walaupun di opis, aku akan cuba siapkan sikit sikit, ( syyy jangan bitau bos aku) . Kalau nak tunggu kat rumah baru nak buat memang mimpi ajer la...

Tapi sekarang dah naik berkulat komik ni, dah berbulan bulan aku tak sentuh lagi komik ni, pasal tiba tiba macam tsunami melanda aku jadi sibuk memanjang dari kesibukan di opis sampailah sibuk hal ehwal family





















Komik ni tak bertajuk lagi, tapi kalau aku nak bubuh gak buat sementara bunyi dia macam ni la kot ' SATU MALAM DI KUALA KUBU '

Ceritanya serba sedikit,  Tentang Makhluk asing yang mendarat kat sebuah kampung, Untuk tujuan apa?  Tunggulah aku siapkan dulu he he ...Publish ker tak publish aku tak kisah, janji siap herm

Kalau ada siapa siapa nak komen pasal komik ni, nak bagi idea ker atau nak kutuk ker apa ker silakan lah eh jagan malu malu

Ngantuk nak Tidooo dulu...

19 comments:

Paan said...

Eh, teruskan la beb...rugi ah...

INDRA QIRANA said...

Paan: Insya Allah... mesti terus bekarya

dakwat-merah said...

hhahahh..bgus2!!!
ku akan tgu komik dikau...
hehehhee....
buat cpt2 ler.
buat slow2 takper..janji siap!!!
wokeh!!
good luck ea!!!

INDRA QIRANA said...

Dakwat Merah: wah, semangat terus aku, thanks bro...

meo188 said...

wah... lukis lg dan lg...

ur my idol

Aman Wan said...

nak hantar publish mana? smart. dr dulu tertunggu komik ni nk publish. huhu. sambung2~!

INDRA QIRANA said...

Meo:Thanks aku akan terus melukis dan lukis dan lukis..

INDRA QIRANA said...

Aman Wan: target nak hantar PTS, banyak kali tergendala pasal banyak buat keje part time he he

Kentut said...

oh kerja part time ye? he he.

INDRA QIRANA said...

Kentut: syyy...jgn pecah lubang kentut he he

Kito said...

Tanya sikit pasal inking?Abg lukis siap ada shading kat komik ni kan...Pastu abg inking smpai hbs suma and then abg padam x bekas pensil shading tu td?Maksud saya kalau saya lukis dan sudah selesai inking,bekas lukisan pensil itu mesti dipadam x?Atau pun dibior jo?Konfius lah abg?

INDRA QIRANA said...

aku biasanya tak ingking terus kat komik yang aku dah penceling tu... wooo sayang woo...biasanya aku trace balik pakai light box..tak payah padam padam mudah bkn...

firdhaus hasraf said...

salam, waaa best komik baru, sebanarnya indra qirana atau rabun, mana satu nama wat komik n majalah/komik pe ea disiarkan.

sekarang aku tgh ushar nak keje mana, baru tamat belajar, niat di hati nak keje kat kl atau sh alam, tapi skg tgh lepak kat kg lagi, wahaha~

pape pun selamat berjuang berkarya dan berjaya, wasalam~

INDRA QIRANA said...

firdhaus Hasraf: sebelum ni buat komik guna nama Indra qirana, tapi sejak dua tiga tahun ni lebih selesa pakai nama pena Rabun jer

Komik baru tak der yang publish lagi, yang lama ada la, cek la kat komik gallery aku tu...

aku harap bila ko keje nanti ko akan berjaya tak kira di kampung atau pun kl

Kito said...

Light box tu buat sendirikkan?Abg,dalam industri perkomikan ini...

1) Apa yang masyarakat luar nilai kat karya dalam komik kita?

2) Dari segi nilai estetika sesuatu karya,Apakah yang paling penting didalam sesebuah karya itu untuk lebih nampak cantik?

3) Lastly,selalunya editor Majalah nilai ape benda kat karya kita?

Tu jer soalan.... :)

INDRA QIRANA said...

kito: ayok..aku tak layak untuk jawab soalan tu..tapi secara peribadi lah eh
kalau betul la soalan ko seperti yang aku paham...

1: Originality

2: Kejujuran..

3: Komesial

tu secara ringkasnya lah eh...

Tapi lain orang lain pendapatnya...

hafiz said...

lawa komik ni... bile
nak publish?

jimah said...

waw!! x sabar nak tunggu komik tu publish.. abeskan taw lukis komik tu..

Mohd. Fahmy b. Mohd Hashim said...

dh siap ke? publish kt mana ni? aku gak tk start2 buat komik. huhuhu. masih mencari2 story yg best.