Adakah aku seorang penderhaka... ya aku menderhaka pada diri aku sendiri kerana gagal menyiapkan komik yang sekian lama terkandas ni... aku blank macam mana nak menyusun ceritanya... dah berterabur sana sini plotnyer, lain kali aku akan catitkan sekali skripnyer dulu... supaya tak hilang dari REM aku yg tak cukup power ni...

masa aku mengupdate blog ni aku dah pon menginking hampir 70 peratus komik aku ni... harap harap aku dapat teruskan komik cerita kemelayuaan ni, menyabil nyambil melayan kerenah politik melayu dan tuannya yang dah lintang pukang terbalik kuang kat malaysia ni...

ya aku lebih gemarkan watak yang tidak populist, tidak seperti Hang Tuah atau Jebat yang tersohor..aku sebaliknya memilih Awang dan lembing untuk dayangnya tu, Tuah memang bertuah walaupon sedikit dungu tetap sebagai pahlawan nombor satu.. maaf aku tak suka Tuah... terlalu membosankan...Jebat sungguh hebat, walaupun menderhaka dan dianggap wira, lebih lebih diwaktu seperti sekarang ni , nama jebat pasti harum he he ...tapi aku tak mau usik Jebat, dia dalam kelasnya yang tersendiri biar pelukis pelukis hebat yang mengolahnya ketahap yang sepatutnya..aku pilih Awang pasal dia bukan hero... iya memang seorang pahlawan, tapi mungkin terlalu jauh sekali nak dibandingkan dengan Tuah...Awang sanggup membunuh begitu banyak nyawa semata mata kerana seorang wanita bernama Dayang, tak bertanggungjawab sungguh...

Jadi kenapa aku memilih Awang... jawapanya mudah bagaimana aku hendak jadikan Awang seorang yang sepatutnya dia berada sekarang ... itu satu cabaran...
jadi aku harap aku dapat menyiapkan komik aku ni nanti...
Read More...