Dah seminggu berpuasa baru aku boleh buka lembaran blog dengan kisah Ramadhan... Sungguh terlewat! Orang lain dah berkuyun kuyun ucapan ahlan wa sahlan Ramadhan, macam macam style dan gaya sambutan, Profile FB pun bertukar menjadi syariah-compliant kalau tidak pon dah tukar jadi lauk pauk...
Pendek kata sungguh gembira umat Malaysia menyambut Ramadhan... lebih lebih lagi waktu berbuka
Apa apa pon Cepat cepat lah ambil kesempatan di Bulan berkah ni, pasal Syawal di Malaysia ni datang dengan cepat sekali... Setan pon kalah ngan lagu raya cepat betul dia kuar, kalau tak kat shoping Compleks, kat komputer member sebelah...tak pon ring tone handset disana sini dah berkumandang dendang perantau... Malaysia boleh!
Aku rasa dah ramai citer pasal Ramdhan, Tazkirah pon cerita fadhilat ramadhan, semua orang dah sedia maklum jadi tak payah lah aku copy paste,
Cuma nak citer sikit pasal Sedekah....
Jadi berbanyak lah sedekah.....
Setiap bulan 'mengemis' gaji sendiri
ABDUL Ghafar Bahari merupakan antara pelukis komik yang popular sekitar tahun 1980-an.
MESKIPUN sering dihujani surat peminat yang memuji dan mengagumi
karya-karya yang dihasilkan, perjalanan hidup sebagai seorang pelukis
komik tidak lekang daripada pancaroba.
Bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan kebanyakan kartunis
tempatan yang mencari rezeki di bawah syarikat-syarikat penerbitan
sekitar tahun 1980-an melalui nasib yang hampir sama.
Selain menerima bayaran rendah, perjuangan melalui karya hitam putih
mereka kadang-kala dirasakan seperti melukut di tepi gantang ekoran
layanan syarikat penerbitan yang lebih mengutamakan keuntungan.
Pelukis komik tempatan, Abdul Ghafar Bahari, 56, atau lebih
dikenali dengan nama Gopa merupakan antara kartunis yang mengakui
terpaksa 'mengemis' untuk mendapatkan bayaran daripada karya-karya yang
disumbangkan.
"Hampir setiap bulan kami golongan pelukis terpaksa mengetuk pintu
pejabat penerbit semata-mata untuk menuntut bayaran daripada hasil kerja
kami.
"Walaupun bayaran yang dijanjikan hanya RM150 untuk sebuah komik,
penerbit biasanya menjelaskan bayaran secara ansuran. Dua atau tiga kali
sebulan," katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.
Beliau berkata, layanan seperti itu menyebabkan beliau dan
rakan-rakan kartunis menjadi tawar hati sehingga ramai yang berhenti
menyumbang karya.
"Walaupun tidak lumayan, bayaran yang dijanjikan itu cukup untuk belanja dapur.
"Melukis komik bukan kerja mudah. Untuk siapkan komik 20 muka surat memakan masa dua atau tiga minggu," katanya.
Bekas kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka itu berkata, bagi memenuhi
kehendak penerbit yang mahukan karya-karya berkualiti setiap bulan,
beliau terpaksa meluangkan masa setiap hari melukis.
"Saya masih ingat zaman bas mini di Kuala Lumpur, setiap kali pergi
dan pulang dari tempat kerja, saya akan melukis di dalam bas untuk
menyiapkan komik," katanya.
Abdul Ghafar berkata, perjuangan pelukis-pelukis komik sekitar tahun
1980-an sebenarnya banyak didorong oleh minat yang mendalam terhadap
seni tersebut dan bukannya untuk mengejar duit.
"Kebanyakan mereka yang bertahan lama adalah mereka yang benar-benar
berkarya untuk kepuasan diri. Pada zaman saya, industri komik tidak
menjanjikan apa-apa kepada pelukis," katanya.
Abdul Ghafar merupakan salah seorang daripada pelukis yang popular antara tahun 1980-an hingga 1990-an.
Antara karya beliau termasuk Kalong Pendita, Puteri Kayangan, Angsa emas, Puteri Bunian, Kopral Mat Desa, Ratu Api dan Puteri Kayangan.
Beliau yang sudah lama bersara daripada dunia komik kini menumpukan perhatian kepada lukisan air, akrilik dan minyak.
"Selain menyiapkan tempahan, saya juga melukis untuk pertandingan-pertandingan lukisan di peringkat antarabangsa.
"Pencapaian terbaik saya setakat ini adalah pengiktirafan sebagai
salah seorang daripada 200 pelukis cat air terbaik di dunia oleh
Persatuan Cat Air Antarabangsa," katanya.
Sebagai seorang pelukis freelancer aku pernah duk minum minum ngan member aku yang juga seorang freelancer... Dia pernah sangah aku pasal terlalu negatif pasal kerjaya spesis Lone renjer ni,
' Kita bukan kerja kerja bodoh gitu jer...Kita sebenarnya tengah bisness ni!' Katanya
aku terkulat kulat kagum ' Laaa selama ni aku bisnesman ker?!'
Kesimpulanya mungkin macam ni....
Pelukis boleh jadi sehebat Bisnesman dan boleh jadi juga sehina dina seorang peminta sedekah.....
Kesian aku..... Di bulan Ramdhan juga ada ganjaran untuk orang yang besabar....Sabar jer lah ek...
Oh Malaysia ku tercinta!
Sahur!!!!!
Read More...