Wednesday, July 3

MENGUPDATE BLOCK







Di tengah malam yang syahdu, berteman nescafe suam.... Aku baru jer nak mengupdate blog aku dengan cerita permasalahan komik seantero malaya ni...


 Malam makin pekat macam kopi pahit yang dibubuh garam...

Bila menjalankan rutin malaman memblogwalking  rasa hairan menerusuk kalbu..apasal lah banyak blog tak boleh bukak...kadang kadang ada yang on off..kejap ada kejap tak ada....

Sedar sedar rupa rupanya blog aku pon tak boleh bukak..... Ha ha!! Padan muka aku!!

Habis punah idea aku pasal entry komik tu...terus mengoogle mencari maklumat 'kebusukan block memblock ni'... dapat serba sedikit maklumat...tapi tak pasti mana satu masalahnya aku punya blog.

Tak kan blog aku ni disekat kerana kutuk kerajaan?! Aku kutuk kutuk tahap lightweight pon kena...wa melampau betul kefobiaanya tu...

Tapi buat masa ni aku pon tak tau masalah utamanya...aku ni RABUN IT, ada sesiapa nak tolong boleh PM atau email aku ek...sebab aku tak tau sama ada kalau komputer lain boleh bukak aku nyer blog ni dengan jayanya atau tak... Kat komputer aku ni macam biskut kejap boleh kejap tak...

Aku ada buang satu entry ...Ikhtiar mana lah tau entry ni yang bermasalah...

Aku suspicious skit memandangkan dah ada ura ura Kerajaan nak memblok komuniskan media sosial kat malaysia 



Tapi boleh jadi juga internet yang problem, 

 Boleh jadi juga efek dari serangan BANGLA BERSATU kat laman sesawang Malaysia sebelum ni masih terkesan disana sini...



Boleh jadi juga masalah kat seting blog yang ada kaitan ngan widget yang dah mereng


Tapi tak per la aku tunggu dalam tempoh seminggu ni...macam mana rupanya...

Bukan ramai pon yang baca blog aku ni...janji aku leh layan sendiri pon ok...

Tapi aku setuju sangat kalau FB di sekat mudah mudahan kita semua bersatu padu memblock dorang masa pilihanraya pulak k.

ni bukan hasutan eh ni nasihat berguna kat kerajaan...





Block mantel.... sila hanya pilih 1....aduh!



0 comments: