Thursday, December 18

IKAN MENANGIS SIAPA YANG TAHU





Punya lah lama tak update blog... Beberapa bulan yang lepas adalah bulan bulan kesedihan untuk aku.  Kekuatan untuk bekarya pon entah kemana perginya. Beberapa hari selepas raya tahun ni, orang yang sangat berjasa pada aku sudah tiada lagi, Yang membesarkan aku dengan perit jerih dalam suasana kemiskinan,  7 orang anak dengan gaji yang kecil... yang memberikan aku pendidikan, yang menjaga aku siang dan malam ketika aku sakit dihospital sungguh tak boleh aku lupakan jasanya itu...Dan yang paling penting dia lah pemberi semangat pada aku untuk terus bekarya... Kalau ada 10 orang, 9 darinya mengatakan lukisan aku buruk pasti ada 1 orang yang akan kata lukisan aku cantik iaitu Ayahanda aku yang tersayang...Semoga damai disana...


Kemudian selepas raya haji Abang Ipar aku pulak meninggal dunia, rakan beborak dah hilang... Sunyi sekejap hidup aku...


AlFatihah....


Sambungan dari entry lepas dan ini lah hasilnya... Alhamdullilah rupanya dah jadi buku pon illustrasi aku ni,  dah ada kat page DBP sejak November...  Aku tak ambil  royalti  aku mintak secara lump sum... faham faham jer la  kenapa...Apa pon terima kasih pada pihak pengurusan buku kanak kanak DPB kerana sudi mengunakan khidmat Aku ...








Penulis buku  hasniah hussain  'Mama Tok'

 Serba sedikit kisah penulis

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ceritaneneksebatidalamdiri/2013/Article


0 comments: