Monday, August 17

LIMA PULUH LIMA PULUH

Kesian sungguh blog aku ni... Baru sekejap tadi aku kemas kemas blog aku ni... Ada setengah entry aku dah buang pasal dah tak releven dengan tahap kematangan aku ha ha, ada setengah lagi aku biarkan, setengah lagi aku sunting supaya kalau ada pembaca baru baca tak lah nampak jahat sangat aku ni ha ha hipokrit sunguh aku ni ha ha, Tapi kalau ada yang termis baca juga kebiadapan aku, aku mohon buat bodoh saja ok, aku dah banyak berubah kah kah!.. Aku pon masih berkira kira sama ada nak bikin baru atau update disini saja pasal tengok tadi macam banyak sangat nak diperbaiki kerosakanya nak buang sayang pulak sejarah kehidupan tu ha ha, lagi pon follower pon dah banyak berhijrah, bukan ingat pon blog aku ni, entah entah blog sendiri pon dia orang dah tak ingat lagi, Nak parah lagi, entah entah blog pon dia dah tak tau lagi apa dia, kalau tanya entah entah dia orang ingat blog tu sejenis taik bintang  atau pon sejenis dinausaur.

Tadi aku belek belek entry blog aku ni, banyak yang aku gelakan sorang sorang lebih lebih lagi baca komen dari kawan kawan, ada setengah aku tak pernah jumpa atau kenal langsung, tapi aku tetap angap kawan kawan aku, ada setengah aku tengok masih aktif berblogger aku sungguh kagum... gilo ko saat zaman Facebook menguasai dunia ada juga yang masih setia dengan Blog.. macam mana hebat pon facebook pada aku blog tetap terbaik untuk diri aku.

Aku rasa dah sampai masanya Blog aku ni banyak cerita pasal kerjaya aku berbanding cerita pasal menteri yang banyak buang masa dan duit aku... Aku cuba, kalau aku seronok aku teruskan...kalau tak aku rasa dah tiba masanya blog ni menghembuskan nafasnya yang terkahir.






0 comments: